suria

Dari kecil perhati bapa, ibu saudara mewah makan harta anak yatim, wanita dapat kembali hak nilai jutaan ringgit selepas upah peguam

Wanita berkenaan yang berstatus anak yatim dinafikan hak oleh darah daging sendiri. Gambar hiasan

IBARAT drama televisyen.

Demikian kisah pahit yang dialami oleh seorang wanita yang menjadi mangsa penganiayaan darah daging sendiri selepas kematian ibu dan bapanya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Sam ini berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh dengan penderitaan angkara sikap tamak bapa serta ibu saudara sebelum akhirnya bangkit menuntut hak yang dinafikan sebelum ini.

"Aku membesar dengan ibu dan abah. Keluarga aku ni senang cerita keluarga senang, ibu dengan abah ada seorang satu kereta dan abah aku ada motor Harley Davidson.

"Ibu ada rumah sewa dua buah rumah flat, setiap bulan RM400. Ditakdirkan ibu dengan abah aku accident waktu bekerja. Sebab mereka berdua ni kerja company yang sama. Aku waktu tu umur baru 11 tahun.

"Tahu apa jadi? Sehari lepas pengebumian ibu dan abah, pakcik dan makcik aku hantar balik kampung dekat Kelantan duduk dengan nenek dan maksu aku. Mulalah aku membesar dengan nenek dan maksu aku," kongsinya menerusi coretan di IIUM Confession.

i

Wanita berkenaan membesar dengan nenek dan salah seorang ibu saudaranya sejak pemergian ibu dan bapa kandung. Gambar hiasan

Menurut Sam, ibu dan bapa saudaranya tidak pulang menjenguknya di kampung, dan hal kebajikannya hanya diuruskan oleh nenek dan maksunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara makan harta anak yatim piatu... antara benar atau mitos, kisah ban pecah sawah padi bertukar lautan penuh tragis!

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja yatim piatu luah hajat, teringin sambut raya dengan ibu bapa... Dalam sebak, netizen doa moga dapat mentua baik hati

"Tahun kedua raya haji baru pakcik makcik aku balik. Tahu diorang balik guna apa? Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku.

"Bila aku cakap 'eh ni kereta ibu dengan abah', diaorang marah cakap itu kereta diaorang sebab tolong bayarkan, kalau tak kereta kena tarik.

"Balik tu diaorang kasi aku berapa? RM100 sahaja. Jadi tahun demi tahun aku dalam hati memang tak puas hati. Setiap kali balik aku nampak pakcik makcik aku dengan anak dia hidup makin mewah.

"Tapi aku? Sepanjang duduk situ baju baru setakat baju raya. Yang lain? Baju yang orang kampung situ derma," imbasnya.

Selepas tamat sekolah menengah, Sam berkata dia berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di selatan tanah air dan kesempatan itu digunakan sebaiknya untuk bangkit menuntut hak yang dinafikan.

Keluarga diaorang hidup senang, emas berderet anak beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku. Tapi aku? Cuma RM1,000.

SAM

Dia bekerja secara sambilan untuk mencari wang poket tambahan bagi tujuan pengajian dan dalam masa yang sama mendapatkan khidmat seorang peguam untuk meneliti kesnya.

"Aku waktu tu cuma mampu kasi dia (peguam) dalam RM200 untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal. Tapi peguam tersebut cakap tak apa bayaran nanti selesaikan.

"Jadi dua, tiga hari aku pun tunjuk dia rumah arwah ibu dan abah aku. Lepas tu tunjuk rumah sewa, kereta dan motor. Jadi peguam ni dia cakap akan buat macam calculation,"ujarnya.

Selepas enam bulan peguam berkenaan menyiapkan semua dokumen dan kertas kerja, Sam berkata akhirnya kes dibuka di mahkamah.

"Waktu inilah makcik pakcik aku baru nampak balik muka diaorang cakap kenapa nak pergi mahkamah apa semua.

"Ambil masa dua tahun nak dapat hak aku balik. Kereta kena pulangkan balik dekat aku. Lepas tu kena pulangkan balik duit pampasan dengan extra RM50,000, duit dari sewa rumah sebanyak RM150,000, duit penjualan rumah 100 peratus.

"Waktu inilah baru makcik pakcik aku merayu segala macam tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diaorang makan tu sepatutnya duit aku.

"Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai 23 tahun, duit yang aku dapat dari jumlah yang semua sekali dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2 juta, aku cuma dapat dalam RM1,000.

mahkamah

Wanita berkenaan membawa kes tersebut ke mahkamah untuk menuntut semula haknya. Gambar hiasan

"Keluarga diaorang hidup senang, emas berderet anak beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku. Tapi aku? Cuma RM1,000," ceritanya lagi.

Tambah Sam, ibu dan bapa saudaranya jatuh bankrap gara-gara terpaksa memulangkan semula wang serta harta miliknya yang dinikmati sesuka hati sebelum ini.

Disebabkan tindakannya itu, Sam berkata dia terpaksa menghadapi caci maki daripada keluarga di sebelah ibu dan bapa saudaranya yang menganggapnya sebagai kejam dan tidak mengenang budi.

Walaupun sudah berkahwin dan menetap di negeri lain, Sam berkata dia tetap diganggu menerusi media sosial.

"Aku sendiri dah pindah Selangor dengan nenek dan maksu aku. Dah berkahwin, aku tak tahu apa cerita saudara mara yang lain sebab dah hampir lapan tahun tak contact.

"Tapi selalu aku dapat mesej tak pun call, PM Facebook maki aku dengan bermacam kata makian. Ada yang siap cakap duit tu semua hak mak ayah diaorang sebab dah tolong jagakan.

"Hakikatnya bila aku tanya peguam yang bantu aku. Kes macam ni banyak dia sendiri dah handle termasuk aku, kes situasi lebih kurang sama. Harta yang sepatutnya jadi hak orang lain tapi dinikmati orang lain," akhirnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain