KEWUJUDAN rider penghantar makanan banyak memudahkan urusan kita dalam dunia hari ini. Biarpun sibuk dengan pelbagai urusan, kita masih lagi boleh menjamu selera dengan adanya bantuan mereka. Namun, lain pula kisahnya melibatkan pelanggan ini apabila dia mendakwa seorang rider gagal menghantar makanan ke kediamannya. "Selama aku hidup, ini kali pertama aku rasa nak luah kat sini. Order makanan pun hampir sejam, yang mana aku tak kisah pun. Kewujudan banyak servis penghantaran makanan diakui memudahkan orang ramai. -Foto Hiasan "Sebelum makanan sampai, dapat panggilan daripada rider. Muncul nama ‘rider pemalas’ melalui aplikasi Truecaller," ujarnya memulakan cerita. Menerusi panggilan itu, rider memintanya untuk turun mengambil makanan di hadapan lif memandangkan dia perlu ke lokasi yang seterusnya. Disebakan kekangan masa, pelanggan tersebut tetap meminta rider itu untuk naik ke tingkat kediamannya yang terletak bersebelahan dengan lif. "Aku pesan terus dan minta dia naik ke atas sebab tengah ada urusan. Rumah pun memang betul-betul sebelah lif. Sekali tengok dia main letak je makanan kat atas mailbox... tiada notis apa. PELANGGAN "Lagi pula memang tak pernah ada isu sebelum ni dengan mana-mana rider sebab polisi kondo ni, memang rider boleh naik atas dan lif pun bukannya kena beratur baru boleh naik. "Tiba-tiba status tunjuk delivered tapi makanannya tak sampai. Apabila hubungi nak tanya status makanan kena reject tanpa sebarang respons. Yilek, nada, nothing," ujarnya. Menurut pelanggan itu, dia akhirnya terpaksa turun ke tingkat bawah sebelum mendapati makanan yang dipesan diletakkan di atas peti surat. Di akhir posting Facebook, dia sempat menyelitkan memberi nasihat kepada golongan rider agar melunaskan tugasan mereka dengan ikhlas buat para pelanggan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja ARTIKEL BERKAITAN: Rider wanita ditahan tengah jalan, motor hampir kena tarik... Ibu tunggal ini buntu ‘dihambat’ hutang, anak di rumah nak makan "Usai urusan aku, kemudian turun bawah, sekali tengok dia main letak je makanan kat atas mailbox, macam gitu je. Takda apa notis ke apa ke. Panas bang. Dengan perut tengah lapar lagi. "Jadilah rider yang bertanggungjawab dan beretika ketika bekerja. Pengguna pun punya hak, bayar delivery fees kot dan memang dah sedia maklum tentang delivery right to front door. Patut la orang save nama rider pemalas," ujarnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar sikap tidak amanah rider berkenaan sehingga menyusahkan pelanggan yang telah membayar caj penghantaran. Malah, beberapa rider turut meninggalkan komen dan menganggap tindakan pelaku sebagai menconteng arang buat komuniti pekerjaan tersebut. Permintaan supaya rider tersebut naik ke rumahnya menaiki lif tidak diendahkan. -Foto Hiasan "Bang saya cadang abang report rider tu. Nak kerja tapi pemalas. Tu mesti nak kejar order banyak-banyak tu. "Order cash je bang biar tau rasa dia memanjat naik lif. "Aku pun rider, kalau kena naik atas naik je la. Yang pemalas sangat kenapa? "Saya rela hantar depan pintu rumah pelanggan, tak kira la tingkat berapa sekali pun, walaupun tak ada if saya tetap akan naik, sebab makanan tu adalah amanah yang wajib kita hantar kepada empunya makanan tu," tulis beberapa individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube