suria

Hasil layan TikTok! Cikgu penat perah otak buat set soalan, tergamak pelajar tulis ‘kamu nanya?’ di ruang jawapan

Jawapan yang ditulis murid itu meraih perhatian netizen di Twitter. (Gambar Hiasan)

GURU merupakan insan yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana jasa besar mereka dalam mendidik anak bangsa.

Bagaimanapun, entah di mana silapnya, sebilangan murid pada hari ini dilihat semakin hilang rasa hormat terhadap guru dan tidak cakna tentang akademik masing-masing.

Terbaharu, seorang wanita, dipercayai guru turut berkongsi kekecewaan apabila seorang murid sengaja menulis jawapan yang salah ketika menduduki peperiksaan.

Menerusi foto yang dimuat naik, terdapat tiga soalan dalam tulisan Jawi pada halaman kertas peperiksaan berkenaan.

nanyan2

Netizen berharap ibu bapa lebih peka dengan pendedahan media sosial yang memberi impak buruk kepada anak-anak. (Gambar Hiasan)

Apa yang mengecewakan, ketiga-tiga soalan dijawab dengan ayat "kamu nanya???" yang merupakan slang popular di TikTok.

Bukan sekali, sebaliknya ayat "kamu nanya???" ditulis sebanyak lapan kali pada ruangan jawapan untuk tiga soalan berkenaan.

Menurut guru tersebut, perasaannya bercampur-baur tatkala melihat jawapan berkenaan memandangkan proses untuk menghasilkan soalan peperiksaan bukannya mudah.

"Perasaan bercampur baur bila tengok ni. Buat set soalan bukan senang ya anak-anakku.

Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?

GURU

"Nak kena kaitkan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), lepas tu kena tengok soalan tu mencapai tak tahap (penguasaan) C1 hingga C6.

"Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?" soal wanita itu menerusi ciapan di Twitter.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap murid tersebut yang dianggap tidak menghormati ilmu.

Malah, ramai yang turut mengaitkan pendedahan melampau media sosial sebagai salah satu punca kepada sikap biadab murid terhadap guru.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Biadab! Pelajar tendang nenek tepi jalan sampai jatuh, kemudian ramai-ramai ketawa... rupanya pernah kena pukul dengan kayu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditanya manusia pertama jejak ke bulan, guru terpinga-pinga satu kelas ketawa... biadab petik nama pelakon porno

"Benda begini bermula dari rumah. Banyak sangat terdedah kepada media sosial. Banyak screen time, mak bapak tak ambil peranan bimbing anak.

"Benda macam ni bukan salah cikgu. Cikgu dah buat yang terbaik, jangan sedih. Ini sebab kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Biarkan anak-anak terdedah kepada media sosial dan jadi macam ni.

"Bila budak-budak lebih peduli content TikTok daripada membaca. Beginilah jadinya," tulis beberapa netizen.

komen2

Antara komen netizen pada posting tular itu.

Seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi kepayahan yang dilalui isterinya sebagai penggubal soalan peperiksaan.

"Kalau isteri saya ni dah menangis agaknya. Dia punya usaha nak buat kertas soalan tu, kadangkala sampai tengah malam berjaga selama beberapa hari.

"Rujuk buku sana sini. Lepas tu sentiasa risau, pelajar boleh jawab ke tak masa peperiksaan. Gembira sangat bila ada budak dapat A," komen lelaki itu pada posting tular berkenaan.

Dalam hal ini, dunia digital dan media sosial tidak harus dipersalahkan kerana platform ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk setiap lapisan umur.

Bagaimanapun, untuk kanak-kanak dan remaja, ibu bapa harus memainkan peranan dengan memantau kandungan yang dilihat dan menetapkan had masa bersama gajet supaya pelajaran tidak diabaikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain