SELEPAS hampir seminggu 'berkurung' di rumah, seorang ibu tunggal kini dapat menarik nafas lega untuk kembali bertugas sebagai penghantar makanan. Kisahnya sebelum ini tular selepas luahan mengenai motosikalnya hampir kena tarik gara-gara ansuran bulanan tertunggak. Dia yang terpaksa merayu kerana motosikal tersebut digunakan untuk mencari rezeki ternyata menyentuh hati rakyat Malaysia. Kisah Wanie mendapat perhatian menerusi videonya menangis di TikTok. Wanita berkenaan, Siti Norol Salwani Ismail berkata, dia hanya berehat di rumah kerana tidak sihat selain bimbang motosikalnya yang merupakan punca pendapatannya akan ditarik. Ibu muda berusia 28 tahun itu memberitahu, dia dihubungi beberapa pihak yang menawarkan bantuan selepas kisahnya menjadi tular. "Saya terima DM (mesej secara langsung) di laman sosial daripada dua hamba Allah yang mahu membantu membayar tunggakan saya sebanyak RM1,956. "Sekarang dah selesai tunggakan tu. Saya dapat sumbangan berjumlah RM2,100. Alhamdullah, ada lebihan untuk saya buat belanja barang dapur," katanya kepada mStar. Barang keperluan yang disumbangkan oleh NGO. Dia yang lebih mesra disapa Wanie turut berkongsi kegembiraan kerana dengan lebihan sumbangan itu juga membolehkan anaknya bertukar selera dengan menikmati ayam goreng. ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa hutang beli beras, telur nak isi perut anak... Rider ibu tunggal ini hampir 'patah kaki', motosikal nak kena angkut ARTIKEL BERKAITAN: Rider wanita ditahan tengah jalan, motor hampir kena tarik... Ibu tunggal ini buntu 'dihambat' hutang, anak di rumah nak makan "Sudah lebih dua minggu anak saya hanya makan nasi berlaukkan telur bersama kicap. Beras dan telur pun saya berhutang dengan kedai runcit sebab tak ada duit. "Semalam (Isnin) selepas saya selesai tunggakan, saya beli seekor ayam dan goreng ayam. Hari ini saya buat sup ayam pula. Anak saya memang suka sangat dapat makan ayam goreng," katanya yang membesarkan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. Selain ayam goreng, Wanie juga dapat menyediakan sup ayam buat anaknya. Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu turut bersyukur apabila rumahnya dikunjungi badan bukan kerajaan (NGO), Ukhwah For Ummah bagi menyerahkan sumbangan barang keperluan. "Alhamdulillah, saya dapat pelbagai baang keperluan seperti beras, gula dan sardin. Lepas dapat ayam goreng, insyaAllah anak saya boleh makan sardin pula. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua. WANIE "Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," tambahnya. Wanie yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan sejak lebih setahun lalu berkata, dia masih mempunyai tunggakan rumah sewa berjumlah kira-kira RM1,000 dan bil elektrik RM400. Wanie dapat kembali bekerja setelah tunggakan ansuran motosikal telah diselesaikan. "Saya cuba ikhtiar sikit-sikit selagi mampu. InsyaAllah esok (Rabu) saya akan kembali bekerja sekiranya kesihatan mengizinkan. "Sekarang saya tak perlu risau lagi motor kena tarik sebab tiada lagi tunggakan ansuran bulanan. "Selain itu, saya juga mula menjual produk sos BBQ menerusi akaun TikTok bagi menjana pendapatan sampingan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube