suria

Tak menyempat! Tindakan ‘Kancil liar’ ini boleh buat pelajar sekolah memandu trauma nak drive, tak jadi ambil lesen

Tular rakaman sebuah kereta Perodua Kancil yang memotong secara melulu di sebuah simpang jalan di Kelantan.

TINDAKAN memotong kenderaan lain di simpang jalan raya adalah sangat berbahaya dan menjadi antara punca berlakunya kemalangan.

Umum mengetahui sudah banyak kes kemalangan yang berpunca daripada tindakan pemandu yang bersikap tidak sabar dan memotong secara melulu.

Situasi ini jelas menunjukkan sebahagian pemandu dan pengguna di Malaysia masih berani melanggar undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini tular di Tiktok rakaman dari kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan seorang pemandu yang sedang belajar memandu di jalan raya.

Kereta Kancil secara tiba-tiba muncul dan memotong beberapa kereta.

Menerusi rakaman itu, dapat dilihat kereta jenis Perodua Axia berwarna putih yang dipandunya memasang lampu isyarat sebelah kanan, bertujuan untuk membelok di sebuah simpang.

Namun apa yang menarik perhatian adalah kemunculan sebuah kereta Perodua Kancil yang secara tiba-tiba muncul dari arah belakang, memotong kereta Axia berkenaan yang sedang berhenti sekejap untuk membelok ke kanan.

"Tak boleh nak sabar ke?" tulisnya ringkas dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Brek sikit, confirm melekat di cermin” - Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, ‘seatbelt’ tak ada! Jangan kesal kemudian hari

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang anak ke?” - Ramai hilang sabar tengok lelaki pecut kereta bawa 2 budak kecil, bunyi enjin macam sudah ubah suai

Pemandu Kancil tersebut jelas sekali tidak mempunyai sifat sabar kerana dia bukan memotong Axia tersebut sahaja tetapi beberapa buah kenderaan lain yang sedang beratur di belakangnya.

Kereta Axia yang dipandu pelajar lesen L ingin membelok ke sebelah kanan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di persimpangan Pulau Belanga, Sering, Kota Bharu, Kelantan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan sikap pemandu kereta Kancil tersebut dan meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan atas kesalahan seperti ini.

"Orang tu baru nak belajar memandu. Nanti dah trauma, langsung tak nak pandu kereta dah.

"Orang tengah belajar memandu, ada undang-undang kalau kita langgar dia. Macam tu la juga masa kita belajar pandu kereta. Sentiasa ajar diri kita sabar. Tak susah sangat pun.

"Harap pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hantar surat saman kepada pemandu kancil itu," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Ada juga netizen yang berkongsi pernah mempunyai pengalaman sama.

"Betullah tu jenis tak sabar orang yang dah pandai pandu kereta ni. Kami yang jenis baru nak belajar ni kadang-kadang takut nak belajar tau.

"Aku pun hampir-hampir kena hari tu. Cikgu aku siap marah-marah. Dia kata kalau langgar, orang tu yang salah dan pemandu yang tengah belajar tak salah. Orang jenis pentingkan diri sendiri. Tak fikir. Padahal dia pun macam tu juga dulu," kongsi netizen.

Memetik artikel Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, punca terjadinya kemalangan jalan raya di Malaysia adalah disebabkan daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

Sikap pengguna yang cuai merupakan faktor utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi dan berada di tahap yang membimbangkan.

Tambahnya, penyumbang utama kejadian kemalangan maut adalah seperti masuk laluan bertentangan, cuba memotong kenderaan atau tukar lorong, tidak perasan ada kenderaan lain, cuai keluar dan masuk simpang jalan, mengekori terlalu rapat kenderaan di hadapan, membuat pusingan U dan melawan aliran trafik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain