TIGA hari lalu, tular video memaparkan 'perang mulut' antara dua peniaga nasi lemak gara-gara berlaku persaingan berniaga dalam lingkungan kawasan yang sama. Menerusi video berkenaan, peniaga nasi lemak wanita yang dikenali sebagai 'Teacher Aina' merakam insiden di mana dia 'diserang' seorang peniaga nasi lemak lelaki kerana didakwa menjual menu sama sehingga dia mengalami kerugian. Dalam video tersebut, kedengaran peniaga lelaki berkenaan menegur Teacher Aina kerana membuka gerai secara 'rambo' tanpa lesen serta menjual nasi lemak pada harga murah, sedangkan dia pula perlu membayar sewa bulanan. Menerusi video berdurasi lebih darii enam minit itu, selain mendakwa Teacher Aina 'menutup pintu rezekinya', peniaga berkenaan turut bertindak mempersenda fizikal peniaga wanita tersebut. Difahamkan, gerai kedua-dua peniaga tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain berdekatan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 7, Shah Alam. Teacher Aina menjelaskan situasi mengenai lokasi gerainya. Video berkenaan mengundang pertikaian warga maya di media sosial, dengan sebahagiannya berpendapat tindakan peniaga wanita berkenaan adalah salah dan tidak patut. Susulan isu menjadi semakin hangat, Teacher Aina menerusi laman TikTok miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menjelaskan situasi untuk pemahaman orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga berlagak ‘kak long kawasan’ kena saman? Tular foto gerai nasi lemak dikunjungi pihak berkuasa ARTIKEL BERKAITAN: Tauke gerai tepi jalan berlagak ‘kak long kawasan’ ugut peniaga sebelah, sakit hati jual menu sama... “Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni!” "Saya mohon maaf banyak-banyak sebab saya tahu salah saya berniaga dekat situ tanpa lesen. InsyaAllah, saya akan usahakan dengan kadar segera dengan lesen. "Saya minta maaf juga kepada yang berniaga 'rambo' macam saya yang dapat tempias serta dapat gelaran cari rezeki haram sebab berniaga tanpa lesen," ujarnya. Jelas Teacher Aina, kedudukan gerainya langsung tidak menghalang gerai milik peniaga lelaki berkenaan, selain mendakwa sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak KK sebelum berniaga. "Sebenarnya saya baru dua hari berniaga dekat situ, saya tak tutup pun jalan nak pergi ke kedai abang tu... sebenarnya abang tu berniaga bukan dalam kantin, abang tu berniaga bawah khemah dekat dalam kawasan parkir KK Seksyen 7. Saya minta maaf juga kepada yang berniaga 'rambo' macam saya yang dapat tempias serta dapat gelaran cari rezeki haram sebab berniaga tanpa lesen. TEACHER AINA "Kalau yang tanya saya berniaga tanpa kebenaran, sebenarnya saya dah naik tanya unit pentadbiran KK Seksyen 7 dan mereka tahu saya berniaga sebab berniaga luar pagar klinik, bukan dalam klinik, bukan depan, bukan tepi abang tu, bukan tutup abang tu. "Lepas kejadian itu, ramai yang WhatsApp dan mesej. Video itu panjang lagi tapi saya tak nak keruhkan keadaan, saya tak nak sangkaan buruk dan melibatkan pihak... saya tak nak libatkan mereka dalam perkara ini "Benda ini pun dah jadi kes polis jadi saya minta kita jangan komen apa-apa, jangan keruhkan keadaan. "Saya sebenarnya paling terasa bila dia cakap saya gemuk, dapat rezeki daripada syaitan. Itu yang membuatkan saya paling terasa tapi tak apa, saya maafkan semua yang hentam saya sebab anda tak faham keadaan sebenar," ulasnya lagi. Antara komen netizen terhadap isu membabitkan dua peniaga nasi lemak berkenaan. Menurut wanita berkenaan lagi, dia bakal memanjangkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penularan video yang kini hangat di media sosial. "Saya dengan rendah diri mohon maaf kepada semua, saya doakan abang itu akan dipermudahkan urusannya, dimurahkan rezekinya dan saya maafkan semua yang DM, yang maki saya. "Saya tak cakap saya baik, saya insan kerdil... banyak yang perlu diperbaiki. Jangan hukum kalau kita tak tahu apa yang sebenarnya," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube