suria

Mat salih tak boleh ‘move on’, terpaksa tahan ‘godaan’ teh tarik selepas pulang ke Amerika... anggap Malaysia ada minuman ajaib

Minuman teh tarik mengingatkan warga Amerika ini kepada Malaysia.

TAK kenal maka tak cinta.

Selain keindahan Malaysia dan keramahan rakyatnya, antara lain yang menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini adalah makanan dan minumannya.

Keistimewaan itu membuatkan ada dalam kalangan mereka membawa pulang pek makanan atau minuman kegemaran ke negara asal masing-masing.

Menerusi satu video di laman sosial, seorang warga Amerika Syarikat (AS) turut tidak terkecuali berkongsi pengalaman mengenai kunjungannya ke Malaysia, baru-baru inu.

"Ini (paket serbuk teh) mengingatkan saya tentang Malaysia. Saya beli ini pada hari saya travel (di Malaysia).

"Saya tak tahu ini adalah teh tarik atau sesuatu yang lain. Saya tidak begitu pasti, tetapi rasanya bagus," katanya.

mat salih teh tarik 3

Warga Amerika ini membancuh teh menggunakan pek minuman segera yang dibeli dari Malaysia.

Bagaimanapun, dia terpaksa menahan 'godaan' daripada minum teh tersebut kerana bimbang akan berasa ketagih memandangkan tidak banyak baki paket yang ada dalam simpanannya.

"Saya cuba untuk ambil banyak kerana tak mahu ia cepat habis. Hanya tinggal dua (paket) lagi, saya akan menyimpan yang lain dan guna yang ini.

"Ini mengingatkan saya kepada Malaysia dan 'beautiful people'," katanya yang sekali lagi mengulangi pendiriannya tentang negara ini.

Menerusi video berdurasi seminit itu, dia turut menunjukkan minuman yang dibancuh menggunakan air panas dan serbuk teh sambil menggambarkannya sebagai ‘air ajaib’.

Dia kemudian menghirup secawan teh di tepi tingkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih ini pandai 'beli' hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih jatuh cinta dengan burger tepi jalan... Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!

"Teh tarik? Saya tak tahu," katanya menerusi video di akaun TikTok @random.4.you.

mat salih teh tarik 2

Menikmati minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menerusi ruangan komen, dia tetap bertanya sama ada ia adalah teh tarik atau sebaliknya, dan jika bukan, apakah nama minuman tersebut.

Malah, dia turut memaklumkan pakej minuman teh segera itu tidak dijual di Amerika.

Yes teh tarik, sedap.

NETIZEN

Rata-rata netizen memberitahu air yang dibancuhnya adalah teh tarik, yang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia pada bila-bila masa.

"Ye betul (teh tarik). Anda hanya perlu 'tarik' minuman itu sendiri.

"Ye bro. Ia adalah teh tarik segera.

"Yes teh tarik, sedap.

"Teh tarik satu," demikian antara komen netizen.

mat salih teh tarik 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, minuman tersebut turut mengingatkan netizen kepada Cameron Higlands di Pahang yang memang terkenal dengan ladang teh.

Membalas komen netizen, dia memaklumkan ada bercadang untuk ke tanah tinggi itu sewaktu kunjungannya ke Malaysia tetapi perjalanannya agak jauh.

"Saya nak pergi tapi saya dapati perjalanannya panjang dan saya tidak (pergi). Tetapi ia dalam senarai (untuk pergi) lain kali," ujarnya lagi.

Tahun lalu, warga Amerika ini sanggup menempuh perjalanan selama 30 jam ke Malaysia, dan membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia, New York.

"Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain