suria

Susahlah tak ada surau! Lelaki ini kongsi cara mudah solat di Jepun, henti beri banyak alasan tak sembahyang di luar negara

Bilik persalinan boleh dijadikan sebagai tempat untuk solat. -Gambar hiasan

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Solat yang menjadi kewajipan bagi setiap penganut agama Islam harus dilaksanakan tanpa mengira situasi, malah mereka yang terlantar sakit juga digesa untuk sembahyang menggunakan isyarat mata.

Justeru, persekitaran dan keadaan di sekeliling tidak harus dijadikan alasan untuk tuntutan agama ini ditinggalkan termasuklah ketika sedang merantau di negara luar.

Ciapan asal di laman Twitter.

Bagi sesetengah orang, tiada kemudahan seperti surau atau masjid yang lengkap dengan tempat berwuduk akan menimbulkan kerumitan untuk mendirikan solat dan akhirnya mereka terus tidak bersembahyang.

Bagaimanapun, melalui satu perkongsian di laman Twitter, seorang lelaki yang menggunakan nama Nebs berkongsi satu tip untuk mendapatkan ruang tertutup di tempat awam bagi tujuan mendirikan solat dengan tenang ketika di Jepun.

"Bila bercakap tentang surau, teringat satu cara yang abang saya ajar ketika di Jepun untuk memudahkan urusan solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka boleh solat Jumaat di KLIA! ‘Rooftop’ diubah suai jadi ruang solat... Lelaki ini tunjuk laluan supaya tak sesat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tinggi ilmu kau dik” - Budak dikesan solat dalam laut bergelora, risau juga hajat nak ‘healing jadi hilang’

"Macam ni tipnya, pergi ke kedai baju Uniqlo dan ambil beberapa helai pakaian konon-kononnya untuk kita cuba dalam bilik persalinan.

"Dalam bilik persalinan itu kita boleh solat tapi pastikan kita dah ada wuduk siap-siap," terang Nebs mengenai kaedah solat yang biasa digunakannya ketika berada di negara matahari terbit itu.

Perkongsian Nebs itu sebenarnya merupakan ciapan balas kepada satu bebenang yang mengupas persoalan mengenai percutian di Jepun dan salah satunya adalah tentang solat.

Bilik persalinan Uniqlo ni memang luas dan bersih sebab di Jepun kena buka kasut dulu kalau nak masuk bilik persalinan.

NETIZEN

"Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari.

"Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat. Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berbecak dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang.

"Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk," ujar penulis bebenang itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui menggunakan kaedah yang sama untuk menunaikan solat ketika berada di tempat orang.

Bilik persalinan menyediakan ruang tertutup untuk bersolat. -Gambar hiasan

"Bilik persalinan Uniqlo ni memang luas dan bersih sebab di Jepun kena buka kasut dulu kalau nak masuk bilik persalinan, tapi kalau rasa macam kurang yakin dengan kebersihan dia boleh bawa mini sejadah sendiri dalam beg.

"Sama dengan kami juga, waktu kami di Brisbane, Australia kami selalu berkumpul di Uniqlo sebab nak solat dalam bilik persalinan dia yang lagi besar dari kedai-kedai baju yang lain, langsir pun labuh jadi sujud orang tak nampak.

"Saya lagi prefer untuk guna bilik persalinan sebagai tempat solat dari guna surau yang ada dekat restoran makanan halal sebab nampak lebih bersih dan meyakinkan.

"Yup, bilik persalinan kedai baju is the way to go, lepas tu boleh buka kompas dekat apps atau internet untuk tentukan arah kiblat," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain