BERBUAT baik pasti akan dibalas baik. Sikap bermurah hati tidak akan merugikan seseorang itu malah membawa keuntungan dan manfaat kepada tuan empunya badan. Begitulah kisahnya untuk seorang gadis yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak ini kerana begitu baik hati tatkala melayan pelanggan yang mahu membeli sebotol minuman isotonik. Juruwang ini bermurah hati untuk membayarkan minuman untuk pelanggannya. Namun begitu, pelanggan lelaki yang dikenali sebagai Pinn Yang memberitahu dia terlupa untuk membawa dompet. "Saya lupa bawa wallet," kata Pinn Yang sambil meletakkan botol minuman di atas kaunter bayaran stesen minyak tersebut. Namun, jawapan gadis yang mesra disapa sebagai Tasha itu sangat tidak disangka-sangka lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Grab dapat durian runtuh! Pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai... Memang rezeki kumpul duit kahwin ARTIKEL BERKAITAN: “Anda saham akhirat saya” - Pemilik Burger Boy meninggal dunia... sikap pemurah, suka ajak geng rider makan free dikenang sampai bila-bila "Tak mengapa, saya belanja," kata Tasha ringkas tanpa ada sedikit pun rasa ragu-ragu. Pinn Yang kemudiannya cuba meminta kepastian daripada Tasha tentang kerelaannya untuk membayarkan minumannya itu. "Tunggu-tunggu," kata Pinn Yang yang secara tiba-tiba menghalang Tasha mengeluarkan duitnya sendiri. Dia tak fikir panjang pun terus cakap saya belanja... moga Tasha selalu diperluaskan rezeki. NETIZEN "Tak apa saya belanja. Tak payah. Tak mengapa. Saya ada (duit)," kata Tasha yakin dan berkeras untuk membantu Pinn Yang. Pinn Yang seterusnya mendedahkan apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah sebahagian daripada eksperimen sosial untuk melihat siapa yang sudi untuk membantunya ketika dalam kesusahan. Tasha lulus 'ujian' tersebut dengan jayanya dan telah meraih ganjaran berupa wang tunai. "Saya ada. This is for you. Sebab awak sudi tolong saya. Ini adalah sosial eksperimen," kata Pinn Yang sambil meletakkan beberapa keping wang kertas RM50 di atas kaunter bayaran. Reaksi Tasha ketika menyedari perkara itu adalah seperti tidak cukup nafas kerana dia seolah-olah tidak percaya dengan pemberian yang diterimanya. "Saya belanja awak la! "Thank you, betul ke ni? Unexpected," kata Tasha mengucapkan terima kasih berulang-kali sambil tercungap-cungap selepas mendapat durian runtuh. Tasha bersyukur tidak terhingga di atas rezeki yang diterimanya. "Tak apa saya ada duit, awak boleh bayar (pembelian minuman) guna duit tu," ujar Pinn Yang berbesar hati kerana dapat mengukir senyuman keceriaan di wajah Tasha. Pinn Yang selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL Foodie sememangnya dikenali kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang ramai. Video perkongsian Pinn Yang itu tular di laman TikTok dengan tontonan mencecah lebih 800,000 jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji keikhlasan Tasha untuk membantu tanpa perlu berfikir panjang. "Laju dia cakap dia belanja. Maknanya dia tak fikir apa pun. Janji tuan dapat minum. Terima kasih Tasha. "Dia tak fikir panjang pun terus cakap saya belanja. Moga Tasha selalu diperluaskan rezeki seluas-luanya oleh Allah SWT. "Dia cakap saya belanja tanpa perlu berfikir dua kali pun. Respect," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube