suria

Makin berani, siap buka kiosk atas jalan! Gelagat peniaga piza B40 undang kecaman... “Kalau tegur mereka kata sekat rezeki”

Aksi dua individu yang menjual piza di bahu jalan mengundang kecaman warga maya.

BOLEH dikatakan sejak kebelakangan ini, penjaja di jalanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Bukan hanya jeruk mangga, malah ketika ini ada yang mengambil peluang menjual makanan lain atau minuman di persimpangan lampu isyarat serta bahu jalan.

Tiada niat memandang rendah atau menafikan hak untuk mencari rezeki, namun tindakan segelintir penjaja yang berani merisikokan nyawa sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang pelayar mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan berani dua penjaja yang berniaga makanan sehingga siap memasang meja kiosk di bahu jalan.

"Saya bukan nak merendah-rendahkan bisnes orang tapi bukan ke ini adalah satu kesalahan? Kan bahaya?

piza 2

Tindakan penjaja berdiri di bahu jalan untuk menarik perhatian pengguna jalan raya boleh mengundang bahaya.

"Saya tak kecam, cuma saya pelik. Nanti 'jet pejuang' sticker pelik-pelik langgar macam mana?" tulisnya pada hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mindset B40, patutlah tak berjaya” - Kena cop ‘menyusahkan’ sebab order makanan masa hujan, pelanggan pertikai tugas rider

Individu tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan aksi berani dua penjaja piza yang memegang sepanduk dan duduk di meja kiosk yang diletakkan di bahu jalan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya membangkitkan isu keselamatan, bukan hanya melibatkan penjaja itu sendiri juga pengguna jalan raya.

Bahaya atau menyusahkan orang tolak tepi. Janji masyuk (untung).

NETIZEN

"Kita bukannya tahu setiap kenderaan yang lalu semua tu alert dan kereta mereka okay. Kena tiba-tiba lori atau kereta hilang kawalan atau brek rosak, kena sapu macam bola bowling.

"Bahaya atau menyusahkan orang tolak tepi. Janji masyuk (untung).

"Jangan tegur, bang. Nanti mereka kata sekat rezeki," komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang netizen yang membangkitkan isu undang-undang dan peraturan berniaga di jalanan.

"Dah banyak kali rasanya kerajaan tegur. Dah diuar-uarkan salah berniaga macam ni.... masih ada lagi yang buat.

"Atas jalan raya bukan tempat berniaga. Kalau dekat parking dapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak ada masalah," demikian antara komen netizen.

komen piza

Antara komen netizen yang turut menyuarakan kebimbangan dengan tindakan berani penjaja berkenaan.

Untuk makluman, berniaga di bahu jalan sememangnya satu kesalahan jika tidak mempunyai permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Hal ini kerana boleh mengundang bahaya kepada peniaga dan juga pengguna jalan di kawasan tersebut.

Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan mengikut Kaedah 10a (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (ln 166/59) menyatakan tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di mana-mana jalan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain