SAKIT dapat, malu pun dapat! Demikian nasib seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' ketika melepasi persimpangan lampu isyarat berhadapan Suria KLCC, baru-baru ini. Menerusi video tular, individu berkenaan kecundang hanya selepas beberapa saat menunjukkan kehebatannya di depan pengguna jalan raya yang lain pada waktu malam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika semua kenderaan menanti lampu isyarat merah bertukar hijau, mangsa bersama sekumpulan penunggang motosikal lain yang berada di hadapan kedengaran membuat bising dengan deruman enjin masing-masing. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, mangsa yang berada paling hadapan meluru laju sambil melakukan wheelie. Namun dek kerana hilang kawalan, dia terjatuh daripada motosikal dan tergolek. Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok Nasib pemuda itu baik apabila kenderaan lain di belakangnya sempat mengelak. Video tersebut dirakam oleh seorang saksi yang berada di bahagian tepi persimpangan lampu isyarat itu. Menjengah ruangan komen, netizen menyelar tindakan mat motor berkenaan yang hampir menjadi punca kepada berlakunya kemalangan beramai-ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Berasap tayar! 3 penunggang nyaris maut... lori nak kejar lampu hijau, mat motor pecut masa traffic light merah... siapa salah? ARTIKEL BERKAITAN: Mat motor ‘lalok’ menyusup lalu palang tol, pemandu kereta tak biar... Kejar sampai dapat! "Malu dapat, sakit pun dapat. Ini KL (Kuala Lumpur) bang. Dah meniarap budak tu. "Jatuh sikit sahaja. Kesan lain tu sampai ke tua bang. "Mesti malu. Sebulan tak keluar rumah takut kena bahan (kutuk). Mat motor bangun dan beredar pergi "Saya tengah tenangkan hati dekat skrin besar tepi tu. Malas nak bangun, dengar dah bersorak. "Mujur tak digilis orang tu," demikian antara komen netizen. Memetik kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 'wheelie’ adalah perbuatan menunggang sambil mengangkat roda hadapan motosikal dan aksi sebegini sangat terkenal serta menjadi kegemaran dalam kalangan mat rempit dan sangat berbahaya. Ia boleh membawa maut kepada diri penunggang serta pengguna jalan raya yang lain. Perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apabila sabit kesalahan, pesalah di bawah peruntukan seksyen ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM20,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube