SETIAP individu mempunyai kisah silam masing-masing. Namun itu tidak bermakna tiada peluang kedua untuk mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Begitulah juga dengan kisah seorang wanita ini yang mengakui pernah mempunyai nafsu sesama jantina dan terjebak dengan hubungan sejenis sebelum digerakkan hati untuk bertaubat. "Saya ni bekas lesbian, Alhamdulillah Tuhan gerakkan hati saya untuk berubah. "Tapi saya dah lama break-off (putus) dengan pasangan saya hampir dua tahun lalu dan saya masih berkawan baik dengan bekas pasangan yang ada ketika susah senang," luahnya membuka bicara. Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, dia kemudian bertemu dengan seorang jejaka dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan. Wanita tersebut bingung kerana seolah-olah dikongkong oleh bakal tunang. Gambar hiasan Bagaimanapun luah wanita berkenaan, sikap bakal tunang yang suka mengungkit atau mengimbau kisah kehidupan lamanya, kadang-kala membuatkan dia kurang senang. ARTIKEL BERKAITAN: “Top search IG nama bekas kekasih dia” - Malang nasib isteri suami selalu stalk ex-GF, dah banyak petanda dia tak boleh ‘move on’ ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah "Ada satu perangai boyfriend saya ni, dia selalu remind setiap masa seperti 'lepas ni no more old lifestyles you', 'boleh ke nak bawa tanggungjawab sebagai isteri' dan 'you kena commit dengan I 100 peratus'. "Lepas tu dia pesan jangan keluar dengan bekas pasangan. Saya tersentak sikit dia tegur macam tu. "Sebab saya memang berkawan baik dengan dia je. Kami berdua pun memang dah tak ada perasaan antara satu sama lain. "Boyfriend saya cakap dia tak nak orang bercakap buruk pasal saya kalau keluar dengan kawan baik. Boleh minta pendapat? Boyfriend saya memang tak boleh terima kawan baik saya ke?" luahnya lagi menerusi kiriman mesej di Twitter yang kemudian dikongsikan di laman @twtmalaywedding. Sebagai bakal suami, menjadi tanggungjawab dia untuk guide dan support kamu untuk kekal istiqamah. NETIZEN Menyusuri ruangankomen, warga maya memberikan reaksi yang bercampur dengan ada yang bersetuju dengan tindakan teman lelaki kepada wanita tersebut. "Salah satu boundary penting dalam perkahwinan ialah tak boleh contact bekas pasangan. Jadi, iya... apa yang bakal suami awak pesan tu, pesanan yang baik. "Betullah, lebih baik jangan keluar dah dengan bekas tu, jaga hati bakal suami pun penting, banyak lagi kawan baik yang boleh dicari. "Kawan baik dan bekas partner itu dua orang yang berbeza. Sebagai bakal suami, menjadi tanggungjawab dia untuk guide dan support kamu untuk kekal istiqamah," demikian antara komen netizen. Reaksi yang bercampur daripada netizen terhadap luahan wanita berkenaan. Bagaimanapun ada juga yang berpendapat sebaliknya dengan mengatakan wanita tersebut seharusnya meninggalkan teman lelaki dan mencari pasangan yang tidak mengongkong atau cemburu. "Baru bergelar boyfriend dah macam-macam? Blah. Dia sepatutnya menerima awak seadanya dan percayakan awak. Nak arahkan itu ini, selamat tinggal la. "Belum kahwin macam ni. Dah kahwin nanti habis diungkitnya masa lalu, habis dia guna alasan tu untuk semua benda!" demikian pendapat netizen lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube