suria

Tak jatuh miskin jual Menu Rahmah, peniaga syukur bisnes tiba-tiba mencanak... Siap boleh kira gaji staf lebih awal

Individu berkenaan turut menjual Menu Rahmah di gerainya. -Foto Facebook Kamal Hero Malaya

SEJAK kerajaan memperkenalkan 'Menu Rahmah' pada bulan lalu, ramai yang menyambut positif inisiatif berkenaan.

Menu Rahmah adalah inisiatif yang menawarkan makanan pada harga RM5 ke bawah, dan merupakan aspirasi kerajaan untuk untuk membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

Untuk makluman, Menu Rahmah adalah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang nutrisi, lengkap dengan karbohidrat, sumber protein dan sayuran.

2

Inisiatif Menu Rahmah turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha makanan. Gambar hiasan

Sejak diperkenalkan, inisiatif berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh negara dengan ramai pengusaha makanan mengambil bahagian sambil menjadikannya sebagai salah satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat.

Tidak terkecuali bagi seorang individu ini yang turut sama menyahut aspirasi memperkenalkan Menu Rahmah di premisnya.

Ketika sesetengah pengusaha makanan masih ragu-ragu untuk berbuat demikian kerana bimbang akan menanggung kerugian, individu berkenaan berkongsi kisah sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki anak 7 kena ‘bantai’ merungut berhabis RM3,000 sebulan makan Menu Rahmah - “Macam ni JKM pun tak sanggup bela!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan untuk kau angkut seluruh isi rumah ke kedai!” - Lelaki ini ajar cara manfaat Menu Rahmah, siap buat kira-kira cara jimat

"Hasil Menu Rahmah. Mencanak penjualannya. Belum cukup bulan lagi tapi gaji pekerja dah boleh kira dan cukup siap-siap. Kalau sebelum ini, 1 haribulan baru nak kira. Alhamdulillah," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Malah kongsinya, dek penangan Menu Rahmah, pekerja-pekerjanya juga tak menang tangan melayan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus.

Terbaik! Betul, peniaga kena letak niat. Berniaga sambil bersedekah. Bukan kira untung je.

NETIZEN

"Pekerja mengadu 'kadang aku tak cukup tangan, pak. Customer ramai'. Sabar... sabar.

"Rupanya dalam Rahmah itu ada sedekah. Rahsia Allah yang kita tidak tahu. Terima kasih Kerajaan Perpaduan," kongsinya lagi.

Perkongsian individu berkenaan turut mengundang pujian daripada warga maya yang mengagumi usaha murninya untuk sama-sama membantu masyarakat.

rahmah komen

Antara komen netizen yang memuji usaha individu berkenaan.

"Terbaik! Betul, peniaga kena letak niat. Berniaga sambil bersedekah. Bukan kira untung je. InsyaAllah rezeki Allah itu pasti ada untuk mereka yang bersedekah.

"Kalau jual murah memang Allah beri rezeki lebih. Ini jual macam nak pergi haji balik hari. Nak kaya cepat sedangkan boleh saja jual murah.

"Abang ni boleh buat, peniaga lain macam-macam alasan. Kebanyakan aku tengok banyak peniaga ambil kesempatan. Sebenarnya kos jadi isu tapi ambil kesempatan atas alasan harga barang naik.

"Aku sedekah kepada kamu, kamu sedekah pada orang lain, orang lain sedekah pada aku. Masing-masing merasa," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih lebih 400 shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain