suria

Ada 8 beradik, gadis mengeluh jadi individu rabun... rasa susahkan mak ayah - “Power cermin tinggi, silau lagi”

Anak rasa bersalah untuk minta dibelikan cermin mata baharu. (Gambar Hiasan - Facebook Raja Intan Raja, Alias Afif Bustamam)

INDIVIDU yang berdepan masalah rabun penglihatan terpaksa bergantung dengan penggunaan cermin mata dalam kehidupan seharian.

Namun, harga untuk membeli cermin mata bukannya murah, malah boleh mencecah hingga ribuan ringgit bergantung kepada jenis cermin, bingkai, serta tahap rabun seseorang.

Di laman Twitter, seorang gadis meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi keluhannya sebagai individu yang sudah lebih 10 tahun memakai cermin mata.

c2

Ada individu yang membaiki sendiri cermin mata mereka kerana tidak mampu untuk membeli yang baharu. (Gambar Hiasan: Facebook Osman Affan)

Selain masalah penglihatan, situasi yang dialami menyebabkan dia serba-salah kerana perlu menyusahkan kedua ibu bapanya.

"Lebih 10 tahun pakai cermin mata. Buat yang RM200 pun rasa bersalah gila dengan mak ayah. Sebab dah rasa mahal sangat. Untuk sesetengah orang, RM400 tu biasa.

"Saya pernah buat RM80 untuk dua cermin mata. Bukannya power cermin mata saya rendah, tapi saya bergelut juga cari yang murah sebab tak nak susahkan mak ayah.

Salah satu kekurangan terbesar saya ialah menjadi bebanan buat ibu bapa kerana memiliki mata yang rabun.

GADIS TWITTER

"Mak ayah saya tanggung lapan orang anak dengan kerjaya yang biasa. Tiap kali kena beli rasa bersalah gila," ujar gadis yang dikenali sebagai @ddgafdat itu.

Menurut individu itu lagi, dia tidak suka menjadi rabun kerana menganggap kekurangan itu sebagai bebanan buat kedua ibu bapanya.

"Saya paling tak suka jadi rabun sebab adik-beradik saya semua tak perlu susahkan mak ayah kami untuk habiskan duit untuk cermin mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit - “Pakcik ni tak nak apa-apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini sedar rabun warna semasa pemeriksaan mata di sekolah rendah, tak sangka ramai berminat nak tahu... mujur tak minat kejuruteraan

"Salah satu kekurangan terbesar saya ialah menjadi bebanan buat ibu bapa kerana memiliki mata yang rabun. Power cermin saya tinggi juga, ditambah dengan silau lagi.

"Jadi saya memang akan cari cermin mata yang tengah offer atau dapatkan harga rendah," ujarnya dalam ciapan yang meraih lebih 4,600 ulang kicau itu.

Bukan sahaja gadis itu, malah beberapa individu lain turut menyuarakan kegusaran sama kerana berdepan masalah rabun penglihatan.

Malah, ada yang sanggup menggunakan cermin mata lama kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka biarpun ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan diri.

c

Ada individu yang menganggap diri mereka sebagai bebanan kerana berdepan masalah rabun. (Gambar Hiasan: Facebook Mas Yuya)

"Aku punya rasa bersalah dengan mama buat cermin mata RM200 tu, power aku dah naik pun aku tak beritahu sebab mahal, aku tak mampu, lepas tu takkan nak susahkan mama lagi buat cermin mata baharu.

"Aku pernah spek patah. Sellotape weh. Tunggu sale baru fikir nak beli ke tak. Biasa paling sekejap pun dua tahun la tahan spek.

"Dulu time sekolah masa skru spek tepi tu tercabut lepas tu skru tu hilang, aku guna benang, masuk jarum celah lubang tu, untuk cantumkan balik. Nak beli bingkai pun mahal. Anak sulung. Adik-adik kecil lagi. Jadi bertahanlah guna spek ikat dengan benang

"Cermin mata aku RM160. Tu pun dah rasa mahal," tulis beberapa pelayar Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain