suria

Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh

Sikap pengotor penghuni flat itu mengundang kecaman netizen di media sosial.

SIKAP toleransi dan hormat-menghormati merupakan kunci keharmonian apabila kita hidup berjiran.

Namun bagi sebilangan penduduk di sebuah flat di Petaling Jaya, Selangor, mereka bagaikan hilang kata-kata dan pening kepala dengan sikap salah seorang jiran di situ.

Mana tidaknya, laluan di hadapan rumah individu itu tidak boleh diakses oleh penduduk flat yang lain kerana dipenuhi dengan longgokkan pelbagai barang seperti bungkusan plastik, kotak serta pakaian.

flat2

Penghuni flat itu pernah membuat aduan berkaitan isu tersebut.

"Aku tak tahulah ni rumah atau tempat penyimpanan sampah. Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan.

"Ayah aku pula pakai wheelchair, jadi satu kerja kena pusing satu floor untuk pergi ke lif sebelah rumah dia. Sepatutnya laluan dekat je, tapi terus jadi jauh... geram tengok sampah-sampah ni," ciap @Aidilsundae menerusi Twitter.

Menurut pemilik Twitter itu lagi, kakaknya pernah membuat laporan mengenai hal berkenaan, namun tiada perubahan yang berlaku sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, kakak aku pernah buat report. Tapi still tak jalan. Owner rumah buat tegak je.

PENGADU

"Kotor tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah.

"Sebenarnya, kakak aku pernah buat report. Tapi masih tak jalan. Owner rumah buat tegak (tak peduli) je. Selfish sangat, geram!

"Kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pun akak aku pernah report. Pengurusan flat ni? Tak jalan juga. Tak fahamlah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Periuk, belanga terabur atas tanah... Laman macam tempat pelupusan sampah! Paling geli jiran kata tuan rumah peniaga makanan

Tambah individu itu lagi, dia berharap akan ada sinar positif buat penduduk flat itu selepas posting berkenaan tular dan meraih perhatian pengguna media sosial.

"Kakak aku dah report dekat pejabat berkaitan. Dan akak aku cakap report pun tak jalan. Hopefully, lepas viral ni ada tindakan daripada MBPJ atau pihak atasan.

"Kesian akak aku dan orang Projek Perumahan Rakyat (PPR) ni nak kena hadap sifat pentingkan diri tuan rumah ni," ujarnya.

flat3

Antara komen netizen di Twitter.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar pemilik rumah itu, tak kurang juga yang mengaitkan sikap berkenaan dengan penyakit berkaitan mental.

"Orang yang suka simpan barang ni, dia sebenarnya ada mental health issue, samalah macam OCD pun mental issue juga. Orang macam ni kita takkan boleh ubah, sebab dia ada perasaan sayang barang, dia rasa one day nanti di akan guna, dia boleh jual.

"Jiran ni ada penyakit hoarding. Sejenis masalah kesihatan mental. Sebab awak kata barang-barang jiran berbau busuk. Susah nak lepaskan apa-apa sebab trauma kehilangan, tekanan, macam-macamlah punca penyakit ni.

"Serius cakap, sakit mata sakit hati tengok orang pemalas yang melampau tahap gaban. Rajin la sikit kemas rumah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain