TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba satu tamparan hinggap di wajah wanita ini! Melalui satu ciapan tular di Twitter, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Loy, 24, berkata insiden tersebut berlaku ketika dia dan rakannya berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, Kuala Lumpur. Bercerita kepada mStar, Loy memberitahu ketika kejadian dia dan rakannya sedang dalam perjalanan ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) untuk membawa ibu rakannya bersiar-siar di sekitar ibu kota. Ciapan asal di laman Twitter. "Kami naik LRT dari stesen Masjid Jamek sampai ke stesen Hang Tuah. Apabila dalam LRT tu, kami perasan ada seorang makcik ni berkelakuan pelik dan agresif. "Dia bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit dalam nada yang marah. Dia pakai earphone ketika bercakap dan kalau tengok dari body language macam ada sesuatu yang dia tak puas hati. "Kami abaikan je sebab itu privacy dia, mungkin hal keluarga," cerita Loy mengenai situasi sebelum kekecohan berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tumpang kereta ‘oppa’ Korea, wanita ditegur berani tak bertempat! Netizen terbayang k-drama kes pembunuhan misteri ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penumpang mengamuk, hilang sabar penerbangan ‘delay’ 8 jam! Kesian warga emas tak makan ubat, dah check-in bagasi Insiden meletus apabila Loy dan rakannya, Jia tiba di stesen Hang Tuah dan sedang melangkah ke pintu gerabak LRT untuk keluar. "Kami beratur nak keluar dari LRT. Kawan saya, Jia nampak makcik yang tadi tu macam nak keluar juga, jadi dia bagi laluan dulu. "Tiba-tiba satu tamparan daripada makcik tu melekat di muka saya. Saya jadi terus kaku, tak tahu macam mana nak react. Jia yang di sebelah saya terus jerit minta bantuan daripada polis bantuan di stesen. Tiba-tiba kawan saya, Jia pula yang ditampar oleh makcik tu, sampai tercampak cermin mata dia. LOY "Beberapa saat lepas tu apabila saya dah sedar apa yang terjadi, saya pun ikut jerit sekali. Air mata pun dah mula mengalir, saya menangis. "Polis bantuan datang dan kami beritahu yang makcik tu lempang saya. Kami dan polis bantuan cuba dekati makcik tu untuk tanya dia kenapa buat macam tu," kata Loy yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Tanjung Malim. Walaupun begitu, menurut Loy, pihak polis bantuan tidak dapat mengambil tindakan terhadap wanita pertengahan usia yang menamparnya kerana dikatakan mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Laporan polis sudah dibuat oleh Jia dan rakannya. "Pihak polis bantuan ada cakap yang makcik itu sepertinya kurang siuman berdasarkan pemerhatian mereka. Jadi mereka pun tak boleh nak tahan makcik itu, apa yang mereka boleh buat ialah minta makcik tu untuk tinggalkan stesen LRT. "Makcik itu dikatakan sebagai kurang siuman oleh polis bantuan sebab dia menjerit-jerit tanpa sebab dan sukar nak patuh arahan yang diberikan. "Polis bantuan ada ikut makcik tu untuk pastikan dia tak ada buat apa-apa lagi tindakan di luar kawalan. Kami ingat sudah lerai semuanya dan kami pun teruskan dengan urusan kami," kata Loy yang berasal dari Pahang. Namun ternyata takdir menemukan semula Loy dan rakannya dengan wanita berkelakuan aneh tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan kali kedua yang lebih hangat. "Stesen Hang Tuah ni hanya untuk kami tukar train sahaja sebab kami nak pergi TBS kan. Jadi kami pergi ke platform nombor satu dari platform nombor dua yang kami turun mula-mula tadi. Cermin mata rakan Loy tercampak ketika ditampar oleh wanita berkenaan. "Dekat situ kami jumpa sekali lagi dengan makcik tu. Kami akui waktu tu kami agak beremosi dan mahukan penjelasan, jadi kami dekati makcik itu untuk tanya kenapa dia tampar saya. Kami nak dia minta maaf. "Kami tanya polis bantuan dulu dan mereka setuju untuk kami buat macam itu. Mereka pun ikut kami pergi jumpa makcik tu. Apabila dia nampak kami, dia cuba nak larikan diri. "Apabila kami tanya dia, reply yang dia bagi macam susah untuk kami faham. Pertuturan dia bercampur-aduk. Tiba-tiba kawan saya, Jia pula yang ditampar oleh makcik tu, sampai tercampak cermin mata dia," cerita Loy. Loy mengatakan polis bantuan yang berada di sisi mereka tanpa membuang masa terus bertindak untuk menahan wanita itu. "Polis bantuan pun mula-mula terkejut sebab makcik itu berani buat macam tu di depan mata mereka. Polis bantuan terus tahan makcik itu dan bawa dia ke satu bilik di atas untuk bagi dia tenang. "Mereka cuba tanya soalan dekat dia tapi apa yang dia cakap susah nak difahami. Apa yang kami boleh faham ialah dia tengah marah. Ada keluar perkataan carutan dari mulut dia selain 'bodoh' dan 'kurang ajar' semua. Loy bersyukur kerana polis bantuan di stesen LRT Hang Tuah memberikan kerjasama sepenuhnya. "Polis bantuan kemudian panggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit jenayah ke tempat kejadian. Dua anggota datang dan mereka minta kami cerita daripada awal sampai habis apa yang berlaku. "Kemudian kami pergi ke Balai Polis Pudu untuk buat report. Dalam petang macam tu, ada seorang inspektor telefon tanya kalau kami nak ambil tindakan mahkamah ke atas makcik tu tapi kami tolak sebab leceh," ujar Loy. Loy mengatakan ada banyak langkah yang perlu diambil untuk mendakwa wanita tersebut ke mahkamah dan ia adalah satu proses yang memakan masa. "Kami masih students dan tak ada banyak masa. Kalau nak dakwa makcik tu kami kena pergi ke hospital untuk buat check-up, nak tengok ada kecederaan ke. Lepas tu pun ada banyak langkah lain lagi. "Jadi kami nasihatkan mereka yang naik pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur untuk berhati-hati dengan makcik ini sebab dia masih ada di luar sana. "Kami juga nak ucap terima kasih kepad polis bantuan di stesen LRT Hang Tuah sebab banyak tolong kami ketika kejadian," kata Loy menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube