suria

Anak stres mak ayah kawal duit, buat simpanan ASB pun kena marah! Masa kahwin wang hantaran kena ‘sapu’, salam kaut lesap

Duit salam kaut kenduri kahwin wanita ini 'dirampas' oleh keluarganya. -Gambar hiasan

PERBALAHAN dan salah faham sesama ahli keluarga ada kalanya tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, persengketaan tersebut jika tidak dibendung boleh bertukar serius sehingga menyebabkan terputusnya pertalian darah.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang menceritakan bagaimana darah daging sendiri sanggup mengambil hak dan mengawal perbelanjaan peribadinya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mengatakan dia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya kerana membuat pelaburan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Menurut wanita tersebut, ibu bapanya mengatakan wang yang disimpan itu sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bermanfaat.

"Selama ni mak, ayah dan kakak-kakak saya selalu kawal apa yang saya nak. Kewangan dan segalanya. Sampai saya terpaksa curi-curi simpan duit dalam ASB. Masa belajar tak boleh buat pinjaman ASB.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjudian cinta yang sia-sia, wanita ini dikongkong sejak tingkatan enam.. Asyik jadi ‘mesin ATM’ teman lelaki tak sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan mula hilang sabar, ibu sendiri bersifat ‘annoying’ suka kongkong rumah tangga... Kasihan suami banyak makan hati

"Jadi duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duit pendapatan sampingan saya masukkan dalam ASB.

"Apabila keluarga tahu, mereka kata saya membazir. Kata mereka lebih baik beli emas," ujar wanita itu kecewa kerana tindak-tanduknya dikekang keluarga.

Isu wanita itu bersama keluarganya meruncing apabila mereka turut campur tangan dalam urusan perkahwinannya.

Duit salam kaut milik siapa yang keluarkan duit untuk bayar kos kenduri.

NETIZEN

"Sebulan sebelum kahwin, mak ayah saya guna duit hantaran sampai saya terpaksa minta bantuan suami. Saya juga kena keluarkan simpanan ASB untuk bayar baki majlis semua tu.

"Lepas tu, duit salam kaut yang tetamu bagi kepada tuan rumah pun mereka pakai pergi bercuti dan beli emas.

"Saya tak dapat apa pun. Sedih saya. Saya dengan suami kena cari lagi duit nak bayar baki majlis," kata wanita itu luluh hati apabila haknya dirampas keluarga sendiri.

Tidak cukup setakat itu, wanita tersebut juga mendakwa keluarganya berang kerana dia membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 untuk membiayai pelaburannya.

"Saya buat pinjaman ASB supaya ada simpanan akan datang. Suami saya pun dah lama buat pinjaman ASB. Saya buat RM30,000 dan sebulan bayar RM150.

"Tiba-tiba surat sampai dekat kampung dan mak ayah call tanya kenapa buat personal loan sampai RM30,000, dikatakan membazir buat simpanan tu.

Wanita ini menginginkan kebebasan dalam menguruskan kewangannya. -Gambar hiasan

"Mereka cakap dekat saya lebih baik pakai duit tu untuk bayar hutang majlis atau bagi sikit dekat mereka.

"Mereka ada juga cakap lebih baik beli emas boleh pajak, depan suami saya mereka boleh cakap macam tu," ujar wanita itu seperti tidak percaya ibu bapanya sanggup berkata sedemikian.

Wanita itu mengakui dia berasa sedih dikongkong oleh ibu bapanya walaupun sudah memasuki alam dewasa dan berumah tangga.

"Saya sedih sangat apabila ibu bapa saya marah sebab saya buat pinjaman ASB tu.

"Umur saya 27 tahun, dah kahwin dah pun, cuba untuk bina kehidupan sendiri perlahan-lahan.

Ciapan balas warga maya.

"Tapi mungkin sebab saya kerja biasa, mak dengan kakak-kakak kerja kerajaan, gaji cuma RM1,500," kata wanita itu menutup perkongsian dengan rasa rendah diri.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbincang mengenai siapa yang mempunyai hak ke atas wang sumbangan atau sering disebut sebagai 'duit salam kaut'.

"Duit salam kaut adalah milik siapa yang keluarkan wang untuk bayar kos kenduri.

"Since memang itu tujuan salam kaut kan? Bantu ringankan kos kenduri, sebab kita dah datang makan, hulur la duit.

"Duit salam kaut jatuh kepada siapa yang banyak keluarkan perbelanjaan untuk kos kenduri.

"Orang dulu, mak ayah yang dapat salam kaut sebab mak ayah raikan anaknya kahwin dengan adakan kenduri.

"Tapi sekarang ramai pengantin yang keluarkan belanja sendiri guna wang simpanan atau wang hantaran, jadi salam kaut patut dapat ke pengantin," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain