suria

Tukang jahit Sabah kena ‘game’ dengan orang Melaka! Baju dah siap jahit tapi tak mahu ambil... “Dia kata tidak kena dengan matanya”

Grettel mengembalikan semula wang deposit pelanggannya pada Jumaat kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.

SETIAP pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

Begitu juga yang dilalui Grettel Paul Lohuji, tukang jahit dari Sandakan, Sabah, yang berdepan dengan seorang pelanggan cerewet, baru-baru ini.

Menurut wanita berusia 27 tahun itu, dia sedih kerana usahanya bersengkang mata selama tiga hari terbazir begitu sahaja, bahkan tidak mendatangkan keuntungan buatnya.

g4

Perbualan WhatsApps antara Grettel dan pelanggan tersebut.

"Pelanggan itu sebenarnya dari Melaka. Dia pun kenal saya melalui aplikasi TikTok. Dia sebenarnya dah lama nak tempah, tapi saya tak terima. Tapi saya kesian dengan dia, jadi akhirnya ambil juga tempahannya.

"Dia bagi sekeping gambar untuk dijadikan contoh. Saya cakap dengan dia, tempahan ini susah, tak akan jadi 100 peratus sama macam dalam gambar. Tapi dia suruh saya cuba juga. Memang susah, tiga hari saya tak tidur sampai Subuh.

"Saya gembira nak maklumkan kepadanya yang baju dah siap. Bila hantar gambar kepadanya, dia kata tidak kena dengan matanya. Jadi saya cuba tukar sedikit. Dah hampir sama walaupun tak 100 peratus, tapi memang dia tak berpuas hati," ujarnya kepada mStar.

Sejujurnya memang sedih, jadi saya kembalikan wang deposit RM200 yang dia dah bayar sebelum ini.

GRETTEL PAUL LOHUJI

Sedih dengan respons yang diterima, Grettel akhirnya mengembalikan semula deposit berjumlah RM200 kerana tidak mahu bertelagah panjang dengan pelanggan terbabit.

"Sejujurnya saya memang sedih. Jadi saya kembalikan wang deposit RM200 yang dia dah bayar sebelum ini. Saya dah kembalikan wang itu pada Jumaat.

"Yang sedihnya bukan sebab kos, tapi sebab dia tak puas hati. Tapi tak apalah, saya pun baru setahun buka kedai. Saya nak jaga nama dan tak nak bergaduh dengan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa jadi ‘tukang jahit biasa’ walau hasil jahitan luar biasa! Lelaki ini kongsi kisah ditentang belajar fesyen, bawa mak ayah naik pentas selepas berjaya

"Baju tu memang susah, pattern susah untuk dibuat. Kain pula licin. Ini pengalaman pertama saya jadi macam ni. Tapi saya akan perbaiki diri dan sentiasa belajar setiap hari," ujarnya sambil menambah bahawa pelanggan itu juga ada meminta maaf dengannya melalui WhatsApp.

Sekadar suka-suka berkongsi kisah malang itu menerusi TikTok, Grettel yang sudah tiga tahun bergelar tukang jahit tidak menyangka bahawa dia akan menerima sokongan daripada ramai netizen.

Lebih mengejutkan, seorang individu dari Kuala Lumpur turut membeli baju reject tersebut, sekali gus menyelesaikan segala kemelut yang melanda Grettel sejak beberapa hari lalu.

g3

Grettel aktif menghasilkan pakaian wanita sejak tiga tahun lalu.

"Saya sedih sangat. Sekali post di TikTok, ramai yang bagi sokongan. Terus saya bersemangat balik. Saya rasa bersyukur dengan komen netizen, terima kasih kerana puji jahitan saya.

"Selepas viral di TikTok, ramai yang contact nak beli baju tu. Tapi ada seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang dapat, sebab dia orang pertama yang mesej nak beli.

"Baju tu harganya RM350. Tapi saya let go pada harga RM250 saja. Itu sebenarnya harga kain saja. Tapi tak apa, saya tak kisah. Saya dapat ramai pelanggan baharu melalui TikTok," ujarnya.

*PIC*

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia akan terus berusaha untuk menjadi tukang jahit yang bagus dan memasang angan-angan untuk menghasilkan busana buat selebriti terkenal suatu hari nanti.

Akhir bicara, dia turut berpesan kepada tukang jahit di luar sana agar sentiasa cekal dan berani mencuba sesuatu yang baharu dalam perjalanan kerjaya masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain