suria

Pakcik pandu Honda Jazz selamba humban sampah dalam sungai... Siap berani parkir kereta di lorong kanan

Tular rakaman seorang lelaki membuang sampah ke dalam sebatang sungai di Pulau Pinang.

PELBAGAI usaha dilakukan pihak kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai yang masih tidak terkawal akibat sikap mementingkan diri sendiri segelintir masyarakat.

Namun apa yang menyedihkan apabila masih ada golongan yang berfikiran cetek malah tanpa segan silu melanggar undang-undang secara terbuka.

Seperti video yang tular ini, seorang lelaki berusia dilihat memberhentikan kenderaannya di lorong kanan jalan raya yang sesak semata-mata mahu membuang sampah ke dalam sungai berhampiran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu itu turun dari kenderaannya sambil membawa plastik berwarna merah lalu melemparkannya ke bawah.

Dakwa individu yang memuat naik hantaran berkenaan, lelaki tersebut sebelum itu turut melempar satu lagi bungkusan yang tidak diketahui isinya ke dalam sungai.

"Husnuzon (Sangka baik)... Mungkin lelaki ni berhenti kereta di sisi kanan jalan yang padat dengan kenderaan untuk bagi makan ikan di Sungai Derhaka berhampiran Masjid Seberang Jaya.

Tangkap layar daripada video yang tular di Facebook

"Sebelum tu lelaki ni dah lempar satu beg dalam sungai, tapi tak sempat rakam sebab perut kenyang baru lepas makan kenduri. Nombor plat nampak macam PMC****, Honda Jazz," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah ia boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan memandangkan laluan tersebut terlihat agak sibuk dengan kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej pandu Ativa disiasat buang sampah dalam sungai

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buang sampah dalam sungai, wanita naik kereta plat ‘D’ dikecam netizen

Apa yang lebih menarik perhatian apabila signal kecemasan pada kereta itu telah disalah guna untuk kepentingan diri sendiri.

Difahamkan tindakan lelaki tersebut dirakam di Lebuh Kurau, Butterworth, Pulau Pinang.

Keadaan kereta yang diparkir di laluan kanan jalan serta menggunakan signal kecemasan.

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen melahirkan rasa marah dengan perbuatan individu berkenaan.

Namun apa yang mengejutkan apabila mereka berpandangan isu membuang sampah merata-rata merupakan budaya biasa dalam kalangan segelintir penduduk Pulau Pinang.

"(Orang) Penang memang macam ni.

"Dah melarat dah ni. Woi Pulau Pinang... kenapa teruk benar rakyat kau ni?

"Lepastu banjir kilat menyusahkan semua orang," demikian komen netizen.

Untitled design - 1

Antara komen netizen pada hantaran berkenaan

Sementara itu tidak kurang juga yang meminta pihak bertanggungjawab untuk mengenakan hukuman setimpal supaya golongan ini tidak 'naik lemak'.

"Elok kena tangkap sahaja jenis macam ni. Mohon ambil tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar.

"Viral kan sampai kena saman oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain