PERBUATAN isteri mencium tangan suami ketika bersalaman sudah pasti menerbitkan rasa kasih dan sayang yang sukar diungkap. Tambah istimewa apabila si suami pula tidak terkecuali bersikap gentleman menitipkan pesanan buat isteri supaya menjaga batas pergaulan. Seperti sebuah video yang tukar, kelihatan seorang suami menasihatkan isterinya untuk membaca doa agar diberi perlindungan daripada godaan lelaki kacak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bye, belajar elok-elok. Kalau jumpa lelaki handsome, ada jawline ke apa ke baca doa ni. "Ya Allah ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan agar dapat ku hindarkan segala kesesatan. Usah kau biarkan nafsuku terliur, dari pandangan majazi ini," katanya. Berkongsi cerita kepada mStar, lelaki bernama Ajrun Azhim Zamry itu berkata, rakaman tersebut dibuat ketika menghantar isterinya dari kediaman mereka di Melaka ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, baru-baru ini. Lebih mesra disapa Ajrun, dia berkata isterinya yang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), menghadiri kelas secara fizikal selama seminggu di universiti itu. "Isteri saya baru masuk belajar tahun pertama, dan terus menjalani kelas secara dalam talian. Sekali-sekala dia perlu hadir ke kelas secara fizikal, jadi saya hantar dia ke Fakulti Pendidikan. "Saya kongsikan doa untuk dia baca, yang mana ia merupakan petikan lagu Alhamdulillah nyanyian kumpulan Too Phat, membawa maksud yang baik," katanya kepada mStar. Tangkap layar video menunjukkan aksi isteri bersalam dan mencium tangan suami. Pemuda berusia 29 tahun itu berkata, pemilihan ungkapan tersebut bermula apabila dia mendengar lagu berkenaan berulang kali menerusi aplikasi muzik digital Spotify. ARTIKEL BERKAITAN: Akad nikah paling 'rare', pengantin lelaki hanya terbaring atas katil hospital... Isteri pula dipuji, tetap setia di sisi suami ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka wanita ini bermadu lagi, rela suami kahwin tiga! Katanya nak nikah 4 pun boleh, tapi ini cerita sebenar "Lagu tu popular, jadi apabila selalu dengar... Spotify terus boleh kenal pasti kesukaan kita. Sudah dua tiga hari dengar, saya cuba gunakan lirik lagu tersebut sebagai doa. "Pada masa sama, saya juga mahu menguji isteri sama ada dia tahu atau tidak ia adalah lirik lagu. Permulaan doa itu saya tambah, diikuti dengan lirik,” ujarnya yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2022. Walaupun dikenali gemar bergurau dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, Ajrun berkata, sebenarnya terdapat mesej yang mahu disampaikan kepada masyarakat. "Sekarang ini, banyak kes artis terutamanya mengenai pasangan curang. Perkara tersebut perlu kita jadikan iktibar bagi kita yang sudah berkahwin. "Dalam kita berusaha untuk menjaga hati pasangan, kita juga kena selitkan doa. Kita boleh menjaga sesuatu hubungan, tapi menentukan itu adalah Yang Maha Esa," tambahnya. Dalam kita berusaha untuk menjaga hati pasangan, kita juga kena selitkan doa. AJRUN Malah, pendekatan tersebut juga digunakannya sebagai resipi kebahagiaan rumah tangganya yang menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) sejak berkahwin pada pertengahan tahun lalu. "Saya di Melaka dan isteri pula bertugas sebagai guru di Maran, Pahang. Sekurang-kurangnya sekali sebulan kami akan menghabiskan masa bersama," katanya. Pasangan ini mementingkan kepercayaan dalam rumah tangga. Namun pensyarah itu menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang kuat cemburu kerana baginya kepercayaan antara suami isteri amat penting. "Kalau saya ni kuat cemburu, saya akan perhatikan isteri dari luar kelas atau duduk seminggu bersama sepanjang kelas dia. Dalam perhubungan kita kena jujur dan amanah. "Kami mengamalkan kepercayaan pada pasangan walaupun jauh, dan mengambil berat antara satu sama lain. Alhamdulillah, isteri seorang taat dan setia," kata Ajrun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube