suria

“Akak terus lari, geli” - Ibu 5 anak jadi saksi, budak muda main bangkai ular sawa gergasi di Sungai Pisang

Faridah menjadi saksi sekumpulan anak muda sedang bermain dengan bangkai ular.

SERAM!

Kehadiran bangkai seekor ular gergasi di kawasan Sungai Pisang, Gombak, Selangor, ternyata mengejutkan sebahagian pengunjung yang hadir untuk berkelah dan mandi manda di situ.

Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Faridah, 47, dia dan keluarganya melihat bangkai itu sedang dipegang oleh beberapa individu sebelum ia diletakkan di dalam sungai.

"Kami pergi pada hari cuti. Saya bersama keluarga, adik pun bawa keluarga dia. Kami berjalan nak ke terowong menuju ke Air Terjun Sungai Pisang.

"Tiba-tiba nampak budak lelaki tengah bermain. Akak fikir mereka main-main dengan kain atau ular plastik, bila datang dekat baru perasan tu bangkai ular sebenar.

"Budak-budak tu letak atas bahu. Bila tengok tu, akak terus lari sebab geli dengan ular. Budak-budak bujang tu, mentang-mentang la ular dah mati, mereka buat main je," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Senang disapa Kak Ida, ibu kepada lima cahaya mata itu berkata dia dan rombongannya terus beriadah di lokasi lain selepas menyaksikan kejadian itu.

Masa nak balik, kami berjalan ke arah terowong, nampak ular tu dah terdampar dalam sungai.

FARIDAH

Ketika dalam perjalanan pulang, dia melihat bangkai ular berkenaan sudah berada di dalam air sebelum dia meminta salah seorang anaknya membuat rakaman video.

"Kami pergi la mandi. Tapi tak mandi dekat tempat jumpa ular tu. Lepas tu masa nak balik, kami berjalan ke arah terowong, nampak ular tu dah kat dalam sungai. Terus akak suruh anak ambil video," dedahnya lagi.

Video yang dikongsi Kak Ida menerusi TikTok meraih lebih 900,000 tontonan dan turut menerima lebih 1,000 komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cemas terpaksa tarik ular melekat di bontot ketika buang air besar! Selepas 2 minggu jumpa serpihan gigi si batik dalam isi punggung

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak ‘penghuni’ Tasik Kenyir ikut dalam kereta

"Makin hari makin takut nak mandi sungai atau air terjun.

"Saya jumpa ular tedung saiz lebih kurang macam ni. Kat Sungai Pisang. Atas sikit dari air terjun.

"Jangan kacau ular tu tengah healing," tulis beberapa netizen.

ular1

Antara komen netizen yang berjenaka mengenai hal itu.

Jelas Faridah, kejadian itu sebenarnya berlaku sekitar November lalu dan sudah lama dia memuat naik rakaman tersebut ke aplikasi TikTok.

Namun, video berkenaan kembali tular sejak Ahad lalu dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang tidak pernah melihat rakaman berkenaan sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain