KAWASAN tumpuan ramai untuk bersantai atau beriadah seperti taman rekreasi, tempat perkelahan dan sebagainya sememangnya menjadi 'port' untuk para peniaga makanan mencari rezeki. Aktiviti penjualan makanan tidak menjadi kesalahan sekiranya para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan seperti berniaga di kawasan yang dibenarkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Namun, ada segelintir peniaga yang berniaga secara 'rambo' dan memasang khemah jualan sewenang-wenangnya di kawasan yang tidak sepatutnya, seperti kotak parkir awam. Bukan dengki atau mahu menafikan hak untuk mencari rezeki, namun tindakan sebegini sebenarnya turut menyusahkan para pengunjung kerana secara tidak langsung mereka turut menafikan hak orang awam. Tanpa rasa bersalah, peniaga memasang khemah gerai di petak parkir awam. Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang pelayar mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan segelintir peniaga yang 'bermaharajalela' berniaga di kotak parkir tanpa rasa bersalah. "Bila B40 berniaga mereka mahu diberi hak untuk berniaga tetapi mereka telah menidakkan hak orang lain," tulisnya pada perkongsian berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 besar kepala, suruh pemilik van kosongkan petak parkir awam depan gerai... Beri alasan ganggu ruang nak bisnes ARTIKEL BERKAITAN: Makin berani, siap buka kiosk atas jalan! Gelagat peniaga piza B40 undang kecaman... “Kalau tegur mereka kata sekat rezeki” Individu itu turut memuat naik dua keping gambar memaparkan gerai beberapa penjaja yang dipasang di kotak parkir di sebuah taman rekreasi di ibu kota. Bukan hanya satu kotak parkir, tetapi kelihatan beberapa kotak parkir kereta awam telah dijadikan tapak gerai mereka. Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada para pengunjung di lokasi berkenaan yang terpaksa mencari tapak parkir lain gara-gara sebahagiannya telah 'dicuri' oleh peniaga gerai. Bayangkan situasi sewaktu hujung minggu di mana pengunjung berpusu-pusu mahu beriadah bersama keluarga, sudah tentu ada yang terpaksa berebut-rebut ataupun meletakkan kereta lebih jauh gara-gara kekurangan kotak parkir. Bukan hanya di tempat rekreasi, isu cop petak parkir oleh peniaga turut berlaku di premis komersial. Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya membangkitkan isu undang-undang dan hak orang awam. "Meniaga di petak parkir satu hal, lepas tu ambil ruang dua hingga tiga kotak. Lama-lama letak kerusi meja. Bila kena angkut, main isu kaum. Pemikiran B40. "Mereka ni tahu ke tidak apabila berniaga tepi jalan, kena tunjukkan lesen berniaga dan permit kebenaran berniaga. "Nanti keluarlah ayat keramat Melayu tak support Melayu. "Bila PBT datang kacau, ada cakap tak berhati perut. Aku pernah masuk parking sekali kena halau sebab dia nak buka khemah. Pelik juga... aku ke dia yang salah? NETIZEN Sementara itu, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman dihalau peniaga gerai yang mahu memasang khemah di kawasan parkir. "Aku pernah masuk parking sekali kena halau sebab dia nak buka khemah. Pelik juga... aku ke dia yang salah? "Malas nak cakap. Dulu pun aku pernah kena maki pasal park dekat tempat diaorang berniaga," demikian antara komen netizen. Antara komen warga maya yang turut mengecam tindakan segelintir peniaga yang mementingkan diri. Untuk makluman, menerusi laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), petak parkir tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, 'cop' parkir dan lain-lain kesalahan. Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube