suria

“Anak 10 pun belum tentu ikhlas nak bagi” - Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar, ‘geram’ suami tiada bantahan

Wanita itu tertekan kerana diminta menyerahkan bayi yang akan lahir tidak lama lagi kepada kakak iparnya.Foto: Freepik)

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap kehidupan mereka.

Namun, lain pula kisahnya melibatkan wanita ini apabila dia dipaksa menyerahkan bayinya yang bakal lahir kepada kakak iparnya yang telah lama lama bergelar pejuang Trying To Conceive (TTC).

"Korang ada tak isu mak mentua nak anak korang? Suruh bagi kat kakak ipar, sebab kakak ipar dah lama kahwin tak ada anak.

"Aku penat la nak hadap benda ni. Dengan badan sakit bawa perut, lepas tu asyik kena paksa sebab konon kesian.

hamil2

Wanita ini diminta fokus membesarkan anak sulung dan menyerahkan bayi yang bakal lahir kepada kakak iparnya. (Gambar Hiasan)

"Anak dia (kakak ipar) dah lama kahwin tak ada rezeki bayi lagi. Suami pula dok paksa bagi juga kat kakak dia dengan alasan kesian," luah wanita itu.

Dakwa wanita itu, kakak iparnya merancang untuk membeli barangan bayi meskipun dia belum memberi kata putus tentang masa depan bayi yang bakal dilahirkan.

Tambahnya, keluarga mentua mahu dia menyerahkan bayi yang akan lahir dan memintanya agar fokus menjaga anak sulung yang kini berumur dua tahun.

"Suruh kesian kat dia, tapi masing-masing tak ada rasa kesian pun dekat aku. Asyik paksa dan tanya sebab kandungan dah masuk minggu 32.

Tapi bila jadi macam ni, aku stres sangat. Kadang rasa nak gugurkan je, biar sama-sama tak dapat.

PENGADU

"Dok bising kakak ipar nak beli keperluan, barang bayi semua. Aku cakap tak nak bagi pun diaorang buat-buat tak faham. Aku ada anak umur dua tahun lebih.

"Mak mentua asyik ulang besarkan je la anak tu dulu. Nanti tahun depan beranak la lagi. Yang ni nak ambil jadi anak angkat je, dah besar nanti pandai la dia nak ikut mak kandung dia balik ke tidak.

"Korang rasa ada ke anak kandung yang nak datang balik kat kita bila tahu kita sendiri bagi dia kat orang? Paling-paling anak tu benci kat aku je la nanti.

"Aku sendiri pernah ada kat situasi ni, tapi mak aku memang rela hati la nak buang aku. Sampai sekarang pun dia tak mengaku aku anak. Penat," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Handbag boleh beli tapi tak buat rawatan kesuburan! Usahawan belum ada zuriat menangis, buat pengakuan “saya sebenarnya tak mandul”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mandul, selekeh, patut tak ada zuriat” - Cari rezeki reviu makanan, wanita makan tak cover ayu jadi mangsa buli siber... nasib baik suami OK

Menurut pengadu, ibu mentuanya asyik 'meratip' soal itu tanpa memikirkan perasaannya yang sedang berbadan dua sehingga dia sendiri kering air mata memikirkan apa yang berlaku.

"Penat nak hadap, penat nak nangis tiap masa. Kadang rasa nak meroyan. Suami pun asyik suruh bagi, konon suruh kerja. Stabilkan ekonomi sendiri dulu, fokus kat anak sulung.

"Faham tak perasaan aku? Anak weh anak. Anak ke-10 pun belum tentu aku ikhlas nak bagi. Aku dah la tak ada sesiapa. Aku ada suami je la tempat aku nak bergantung, nak bercerita. Bila jadi macam ni, entahlah.

hamil3

Netizen berang membaca luahan itu yang dianggap tidak masuk akal.

"Nak lari pun tak tahu ke mana. Duit apa semua tak ada. Ini pun dah masuk minggu 31, satu apa pun suami tak belikan, sebab dia memang niat nak bagi kat kakak dia. Apa aku nak buat eh?" soal wanita itu.

Tertekan dengan hal itu serta masalah kewangan diri sendiri, pengadu berkata dia terfikir untuk menggugurkan kandungannya supaya hasrat keluarga mentuanya gagal menjadi kenyataan.

"Nak lari pun memang aku tak mampu la nak tanggung anak sendirian. Tapi bila jadi macam ni, aku stres sangat. Kadang rasa nak gugurkan je, biar sama-sama tak dapat, " luahnya panjang lebar.

Tangkap layar wanita itu dikongsi menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga ia tular dalam kalangan netizen.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia empat bulan dan menggugurkannya selepas berusia empat bulan.

Menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya adalah termasuk dalam perkara yang menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama kerana dalam tempoh tersebut roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan.

Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus dengan syarat-syarat tertentu.

Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia empat bulan, para ulama bersepakat bahawa hukumnya haram kerana pada usia tersebut, roh telah ditiupkan ke dalam kandungan ibu

Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia empat bulan), jika ia boleh mengancam nyawa ibunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain