suria

Dulu ayah garang teramat, kini bukan main penyayang... anak pelik apa rahsia cucu ‘lembutkan’ datuknya

Bapa wanita ini bermurah hati dan melayan apa sahaja permintaan cucunya.

DAHULU garang seperti singa, kini jadi seorang penyayang dan memberi layanan penuh kelembutan.

Begitulah gambaran yang diberikan wanita ini mengenai bapanya yang menunjukkan perubahan sikap secara mengejut apabila mempunyai cucu.

Wanita itu berkata, ketika zaman kanak-kanak dahulu, bapanya amat tegas dalam mendidik anak-anak berbeza sama sekali dengan sekarang yang mana dia sentiasa berlembut ketika bersama cucu.

Video perkongsian di TikTok menunjukkan kemesraan cucu dan datuknya.

Melalui videonya yang tular di laman TikTok, wanita itu yang pelik melihat situasi ini bertanyakan adakah setiap bapa di serata negara akan bersikap sedemikian apabila dikurniakan cucu.

"Aku nak tanya la, ini mak ayah aku je ke, atau mak ayah korang pun sama bila dapat cucu.

"Mak ayah dulu bukan main garang, aku bukan main takut tau, dengan ayah aku la terutamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel sangat lari-lari sambil picit ‘remote’ cari hadiah, bapa sebak anak-anak kumpul duit beli Hyundai Accent... “Cantik sangat kereta ni”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak perempuan nak konvo, mak ayah sibuk ‘berkempen’ cari calon menantu! Siap tunjuk foto dalam dewan... “Dia tak reti cari jodoh”

"Aku kalau masuk kedai nak minta ayah aku beli Coki-Coki (coklat) sebatang tu pun aku takut.

"Tapi sekarang bila ayah aku dengan cucu dia pergi kedai runcit makcik sebelah rumah aku ni, masuk tangan kosong, bila keluar, kiri kanan tangan penuh jajan tahu tak," kata wanita itu yang kagum melihat perubahan bapanya.

Dalam video yang dimuat naik wanita itu, dapat dilihat bapanya sedang memimpin tangan cucunya sambil tangan sebelah menjinjing plastik dipercayai berisi makanan ringan yang dibeli dari kedai serbaneka di sebuah stesen minyak.

Ini adalah fenomena sedunia yang melanda setiap lelaki apabila mereka bertukar status dari ayah kepada seorang atok.

NETIZEN

Anak kecil yang berada di sisi datuknya itu nampak riang dan tersenyum lebar apabila barangan yang dimahukannya di dalam kedai serbaneka tersebut dibeli.

Manakala wanita tersebut merakam momen indah antara seorang datuk dan seorang cucu itu dari dalam keretanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui sifat tegas dan garang seorang bapa seolah-olah berjaya dipadam apabila mempunyai cucu.

Sebahagian komen warga maya.

"Kadangkala diaorang rasa menyesal sebab tak dapat nak belanja masa anak-anak masih kecil, mungkin kewangan belum stabil.

"Sekarang ni kewangan dah okay itu yang dia nak belanja cucu-cucu dia.

"Sama la dengan aku takutnya kepada ayah, dulu saya nak pegang rambut ayah pun tak pernah. Sekarang cucu dia tidur siap peluk-peluk lagi dan beli jajan tak cukup tangan.

"Ini adalah fenomena sedunia yang melanda setiap lelaki apabila mereka bertukar status dari ayah kepada seorang atuk," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain