suria

Lelaki Rohingya ‘warning’ orang tempatan jangan sibuk hal warga asing! Tak suka duduk Malaysia, datang sebab terpaksa

Warga asing itu membuat video dan memberi amaran kepada seorang penduduk tempatan agar tidak mencampuri urusan mereka.

BUKAN sebab suka, tapi datang kerana terpaksa.

Demikian pengakuan seorang lelaki Rohingya berhubung keberadaan dirinya dan rakan-rakan senegara di Malaysia.

Lelaki itu tampil membuat penjelasan sebagai respons kepada pengguna TikTok dikenali sebagai Pejuang Negara (Lawan4MalaysiaLagi) yang banyak memerangi pelarian Rohingya di negara ini.

rohingya2

Video di akaun TikTok Pejuang Negara memaparkan seorang penduduk tempatan hadir ke Kampung Bagan Dalam yang didakwa menjadi penempatan Rohingya.

"Assalamualaikum, selamat malam ustaz (individu dalam video TikTok Pejuang Negara). Maaf tengah kerja. Nak beritahu, saya tahu ustaz orang tempatan, kami pendatang, pelarian.

"Sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka di sini, tidak. Sebab kampung halaman kami ada masalah, kami lari pergi sini, terpaksa. Bukan sebab kami suka di sini," ujarnya dalam satu video.

Menurut warga asing itu, dia dan rakan-rakannya tidak pernah meminta simpati di Malaysia, sebaliknya bekerja keras demi menyara kehidupan sendiri.

Kalau boleh, jangan keterlaluan sibuk orang asing mahu bikin apa, semua akan urus dengan kerajaan Malaysia, polis dan imigresen.

LELAKI ROHINGYA

"Jadi kami sudah duduk di sini, ada berkeluarga, ada anak isteri, ada bujang, duda Kami duduk sini, bukan kami pergi kacau setiap rumah, minta makan.

"Kami punya tulang, punya kaki, tangan, kekuatan untuk kami kerja, untuk kami cari rezeki sendiri supaya kami jangan menyusahkan orang tempatan.

"Kami tolong orang tempatan, orang tempatan bagi makan kami. Bukannya kami tidur, bangun tidur, pergi minta makan dengan orang tempatan. Tidak," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli besi buruk warga Rohingya licik, ‘setting’ penimbang tak lebih 30kg! Akhirnya kantoi juga... “Patut la meniaga kencang puak ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau Rohingya lagak samseng kutip parkir cekik darah - “Macam mana boleh jadi ‘abang kawasan’ ni?”

Menerusi video itu, lelaki Rohingya tersebut dilihat sedang berada di sebuah rumah kosong, dipercayai sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Dia turut memberi pesanan kepada individu tersebut agar tidak mengacau rakan senegaranya, sebaliknya menyerahkan hal mereka kepada pihak yang sepatutnya.

"Saya tengah kerja, demi apa? Demi ustaz. Kalau saya kerja siang malam, baru dapat makan ustaz. Saya kerja dari pagi sampai pagi, saya belum makan lagi, belum sempat. kerja tak siap, belum dapat wang, belum dapat makan.

rohingya3

Antara video lain yang tular menerusi TikTok Pejuang Negara.

"Ustaz hanya orang tempatan, orang Malaysia, kami pendatang. Kalau boleh, jangan keterlaluan sibuk orang asing mahu bikin apa, semua akan urus dengan kerajaan Malaysia, polis dan imigresen.

"Mereka yang uruskan, nak cari lesen, roadtax apa semua mereka uruskan, bukan ustaz. Ustaz salah, jangan keterlaluan, jangan terlebih ustaz," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan lelaki berkenaan sehingga ada yang melabelkannya tidak tahu bersyukur.

"Duduk negara orang, buat cara menumpang. Jangan berlagak tempat sini awak punya. Jaga attitude orang sini. Orang tak marah kalau awak tak buat perangai.

rohingya5

Antara isu warga asing yang dibangkitkan menerusi TikTok Pejuang Negara.

"Dah tahu kampung halaman ada masalah, jangan buat masalah kat kampung halaman orang.

"Tidak sedar diuntung, sudah diberi tumpang malah mahu menjadi tuan," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, akaun TikTok Pejuang Negara mempunyai lebih 31,000 pengikut dan banyak berkongsi video yang berkisar tentang masalah warga asing di negara Malaysia.

Antara video yang pernah dikongsi adalah isu keluhan peniaga Pulau Pinang akibat lambakan warga asing, pelarian bebas guna kenderaan tanpa lesen memandu dan masalah di kampung Bagan Dalam yang menjadi perkampungan Rohingya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain