KOTA Madinah yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW tentunya menjadi lokasi yang wajib dikunjungi oleh umat Islam terutama bagi mereka yang mengerjakan umrah di Makkah. Bagaimanapun, seorang wanita dan dan adik beradiknya yang lain tidak menyangka berdepan satu pengalaman luar biasa ketika mereka berada di Masjid Nabawi, Madinah. Berkongsi kisah itu menerusi video yang kini tular di TikTok, wanita yang senang dikenali sebagai Shasha berkata kejadian menakjubkan itu berlaku ketika dia dan kakaknya sedang bergambar kenang-kenangan di perkarangan Masjid Nabawi. Perkongsian asal di TikTok. Menurut Shasha, ketika bergambar, mereka tidak berasa janggal dengan keadaan di sekeliling tetapi apabila gambar itu dilihat semula di telefon pintarnya, tiba-tiba kelihatan satu kelibat yang menimbulkan 1,001 persoalan. "Pada 26 Februari, aku, mak, ayah, kakak dan adik aku berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Sebagai makluman, kakak aku pergi tanpa suami dia. "Suami kakak aku cuma hantar dia sampai airport sahaja sehari sebelum berlepas. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sempat bermanja minta dukung sebelum meninggal di Madinah! Bapa kongsi kejadian merpati ‘lawat’ ketika baca Yasin ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘hilang’ di hospital, puas anak cari rupanya dah meninggal... hajat tertunai di Tanah Suci - “Mama senyum bilang hari” "Ini kali pertama kakak aku pergi ke mana-mana tanpa suami, selalunya asyik berkepit sahaja. Tapi sebab ada mak ayah dan adik-beradik lain, kakak aku boleh ikut sekali. "Memang sangat terkejut bila kami tengok foto bergambar di hadapan makam Rasulullah, ada nampak kelibat abang ipar (yang tidak ikut) di belakang kakak," kata Shasha, terkejut dengan pengalaman itu yang dirasakan tidak masuk akal. Menceritakan lebih mendalam mengenai insiden itu, Shasha berpendapat ia umpama pelanduk dua serupa apabila kelibat individu pada foto itu seiras dengan suami kakaknya yang dipanggil Pidoh. Mutawwif pun terkejut bila kami tunjuk gambar itu dan dia hanya boleh cakap itu la kebesaran Allah. SHASHA "Kami bergambar di hadapan makam Rasulullah, kalau tengok dalam gambar tu ada tali merah di belakang kami. Itu kawasan yang tak ada siapa dibenarkan masuk, orang tak boleh lalu. "Tapi Subhanallah dengan izin Allah, bila kami balik hotel tengok gambar tu, nampak betul-betul ada suami dia dekat belakang kakak, seolah-olah tengah peluk dia dari belakang. Memang muka mirip suami kakak. "Kakak pun ada cakap walaupun suami tak dapat ikut tapi dia sentiasa dapat merasai kehadiran suaminya di sisi. Kakak Shasha bergambar di perkarangan Masjid Nabawi. "Sungguh cantik perancangan Allah, Dia tahu perasaan kakak macam mana bila berenggang dengan suami," kata Shasha yang kagum dengan apa yang dilaluinya. Menganggap kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa, Shasha memberitahu dia sempat berkongsikan perkara itu dengan mutawif yang bertanggungjawab ke atas kumpulan mereka. "Mutawif pun terkejut bila kami tunjuk gambar itu dan dia hanya boleh cakap itu ia kebesaran Allah. Kalau fikirkan pun, tak akan ada orang nak peluk kakak saya dari belakang. Kakak saya masih ada di Tanah Suci setakat 27 Februari (Isnin)," ujar Shasha dalam video susulan. Shasha turut menghantar momen tersebut ke dalam grup WhatsApp keluarganya dan mereka masing-masing menzahirkan rasa takjub dengan kebesaran Allah. "Bila zoom, macam muka Pidoh (abang ipar Shasha) pun ada. Sebahagian warga maya cuba mencari penjelasan yang logikal di sebalik kejadian. "Ya Allah meremang bulu roma tengok. Sebijik macam Pidoh. Kami semua tengok pun takut, ini kuasa Allah," komen ahli keluarga Shasha yang lain dalam grup WhatsApp. Menjengah ke ruangan komen, kakak Shasha tampil memberikan penjelasan daripada pihaknya. "Tuan punya badan hadir, saya masih lagi di Tanah Suci Madinah. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah, mungkin terlalu rindu pada suami," ujar Siti Syafiza yang memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada Shasha. Warga maya lain mengambil kesempatan untuk menceritakan pengalaman mereka sendiri ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci. "Mak mentua saya pergi buat haji, masa nak ke Arafah kasut tercabut. Dalam hati berdoa semoga dipermudahkan. Tiba-tiba ada hamba Allah orang Arab ni bagi kasut. "Mak mentua pakai kasut tu sampai selesai. Bila balik hotel kasut tu hilang. "Bila di Tanah Suci tiada yang mustahil, masa saya di Makkah, saya ternampak seorang ni yang serupa wajahnya dengan abang ipar saya tapi tengah pakai kain ihram, sedangkan abang ipar saya tak ikut," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube