suria

Asal suka-suka belajar bahasa asing, siswa ini makin popular jadi ‘language creator’… Penyanyi ‘Better Me’ siap DM ajak collab

Azrey berkongsi kemahirannya di TikTok untuk mengajak lebih ramai orang mempelajari bahasa asing.

PADA asalnya, pemuda ini hanya memuat naik video kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa di laman sosial secara suka-suka di samping mahu mengajak orang ramai untuk mempelajari bahasa asing.

Namun siapa sangka, daripada suka-suka, kehadiran pemuda bernama Azrey Hendery ini mencuri perhatian ramai.

Pernah tular dan mendapat liputan media termasuk mStar sekitar tahun lalu, mahasiswa Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TARUMT) ini tidak menoleh ke belakang bahkan dia memanfaatkan kemahirannya untuk disebarkan kepada masyarakat.

Bermula daripada pertuturan biasa, Azrey mencuba kaedah baharu untuk menarik minat orang ramai mempelajari bahasa asing menerusi 'cover' lagu.

"Saya start cover lagu dengan bahasa asing sejak tahun lepas sebab ada yang request. Jadi saya cuba lagu Better Me dendangan penyanyi dari Kanada, Lexnour.

azrey 2

Menjalani penggambaran dengan influencer dari Jepun untuk konten jalan-jalan di Malaysia.

"Tak sangka, video itu dapat capai satu juta jumlah tontonan dekat TikTok. Kemudian ada ramai tag beliau dan beliau perasan. Penyanyi itu repost lagu saya dan apa yang mengejutkan, dia DM saya untuk ajak buat kolaborasi.

"Saya juga sempat menemubual beliau sendiri... ia satu pengalaman yang sangat berharga.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa! Jejaka suku kaum Sungai mampu kuasai 7 bahasa termasuk Jepun, Sepanyol, Rusia... semuanya belajar sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Geng pelajar ‘otak bisnes’ ulang kejayaan zaman matrikulasi, masuk UiTM terus raih jualan RM130,000... baju dijual laku keras

"Tak sangka, suka-suka cover lagu buat sebagai hiburan saja. Sebab ada antara kita kalau membaca, kurang faham sebaliknya lebih suka dengar lagu untuk senang 'tangkap'. Jadi melalui lagu, orang lagi berminat untuk belajar bahasa asing.

"Setakat ini saya dah cover lima lagu dalam bahasa asing dan meraih jumlah tontonan 2.4 juta di TikTok. Sampai sekarag pun saya dapat banyak request untuk cover lagu tapi terpaksa 'slow' sedikit kerana kekangan masa memandangkan saya perlu tumpukan kepada kuliah," ujarnya yang kini berada di tahun akhir jurusan penyiaran.

azrey 3

Menjadi pengacara di sebuah majlis sempena sambutan Krismas.

Sepanjang berkecimpung sebagai 'language creator' di media sosial, Azrey yang berkemahiran menguasai bahasa termasuk Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin dan Inggeris berkata dia tidak sangka kemahirannya itu membawanya ke tahap yang sangat tidak disangka-sangka.

"Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa asing secara formal... semuanya belajar sendiri menerusi filem dan program di televisyen.

"Justeru apabila content saya mendapat perhatian, saya sangat bersyukur. Apa yang boleh saya kongsikan, kemahiran ini membuatkan saya mendapat jemputan daripada pelbagai pihak termasuk stesen radio dan universiti swasta untuk membuat perkongsian. Ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan waktu.

Buat sesiapa di luar sana, jangan malu untuk bermula, tapi malulah kalau tidak memulakan.

AZREY HENDEREY

"Paling terharu dan gembira, ada parents yang DM cakap anak mereka suka bahasa asing lepas tengok TikTok saya.

"Selain itu, ramai sangat DM sanggup bayar jadi guru mereka serta request buat kelas. Namun saya tak dapat penuhi dek kekangan waktu, sumber dan tenaga. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti kalau ada rezeki, mengapa tidak?

"Apapun saya bangga kerana secara tak langsung, content saya boleh bantu anak muda. Terharu juga sebab ramai yang appreciate. Ia juga menjadikan saya lebih bersemangat," ujarnya yang kini mahu menguasai bahasa Korea dan Itali.

azrey 4

Azrey terharu apabila kontennya diterima positif orang warga maya.

Mahasiswa berusia 21 tahun ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan buat anak muda, khususnya mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial.

"Dunia media sangat luas, apa yang nak paparkan pastikan ia sesuatu yang berguna dan menghiburkan. Boleh jadi viewer kita pelbagai lapisan umur.

"Akhir sekali pesanan saya, buat sesiapa di luar sana, jangan malu untuk bermula, tapi malulah kalau tidak memulakan," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain