BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begulah kisah seorang wanita yang sanggup berniaga makanan demi menampung kos perubatan penyakit kanser yang dihidapinya. Kisah wanita itu tular menerusi laman Twitter selepas seorang individu membeli makanan daripadanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Khamis. Individu itu turut membeli dua bungkus makanan daripada wanita berkenaan. Foto: Twitter @izx2471. "Ketika di lapangan terbang sebentar tadi, ada seorang makcik ni datang tanya nak beli tak nasi rendang ayam, nasi minyak, ayam masak merah. "Mula-mula saya macam takut la kan. Kemudian selepas dia berjalan pergi, saya nampak bakul hijau tu ada bekas-bekas (bungkusan makanan). Jadi saya pun panggil balik untuk beli," ciap @izx2471. Menurut individu itu, dia membeli dua bekas nasi berlaukkan ayam merah daripada wanita berkenaan sebelum terbongkar cerita mengenai penyakitnya. Saya rasa umur makcik tu dalam lingkungan 60 lebih tapi masih gigih untuk bekerja. PELAYAR TWITTER "Saya beli dua nasi ayam masak merah. Kemudian saya tanya, makcik masak sendiri ke? Lepas tu dia cakap dia masak sebab nak kena tanggung kos kanser dia. "Saya rasa umur makcik tu dalam lingkungan 60 lebih tapi masih gigih untuk bekerja. Kalau anda dekat KLIA2, ternampak makcik ni, beli la makanan dia jual okay. "Tak tolong banyak, tolong dia sikit pun tak apa. Semoga dipermudahkan urusan makcik ni. Amin," ujar individu itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Makcik nasi lemak lega ada seorang pemuda boleh nampak dan sudi singgah gerainya, esoknya terbukti ‘sihir kalah dengan kuasa viral’ ARTIKEL BERKAITAN: Budak umur 3 tahun sibuk tolong berniaga, tak sangka pula jadi pelaris gerai... ibu lega upahnya cuma aiskrim Selain berkongsi foto, pemilik Twitter itu turut memuat naik video memaparkan peniaga tersebut mendekati pengunjung lapangan terbang untuk menjual makanannya. Ciapan berkenaan meraih hampir 6,000 ulang kicau dan turut dihujani dengan komen netizen, termasuk individu yang bekerja di kawasan tersebut. "Dari dulu lagi makcik ni selalu jual nasi kat KLIA2. Saya bekas staf syarikat penerbangan, selalu la beli. Lagi jimat daripada beli makanan kat lapangan terbang tu. Wanita itu kelihatan mendekati orang ramai untuk menawarkan makanan yang dijualnya. Foto: Twitter @izx2471. "Eh rasanya makcik ni dah lama menjual kat situ. Pernah beli masa kerja kat KLIA2 tahun 2017 ke 2018 macam tu tak berapa ingat. "Makcik ni kerap gila datang kedai offer nasi, sebungkus RM6. Bukan staf je dia offer, customer pun dia offer jadi nampak la gigihnya dia," tulis beberapa pelayar Twitter. Dalam pada itu, ramai individu turut menggesa agar ditubuhkan tabung bagi membantu wanita berkenaan dan meminta sesiapa yang mengenalinya agar tampil menyalurkan maklumat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube