suria

Isteri penat bela biawak hidup! Dah la kena sara keluarga, suami larang makan McD waktu kerja... cemburu tak bertempat

Wanita berkenaan meluahkan perasaan bersuamikan lelaki pemalas dan cemburu buta. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah rumah tangga, suami adalah individu yang bertanggungjawab mencari nafkah dan menyediakan keperluan buat keluarganya.

Mungkin dalam sesetengah kes, ada suami yang berdepan dengan kekangan untuk bekerja misalnya mempunyai masalah kesihatan, sehingga tanggungjawab mencari nafkah terpaksa diambil alih oleh isteri.

Namun, lain pula halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di Twitter.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia terpaksa keluar bekerja untuk menanggung keluarga sedangkan suaminya menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.

"Suami saya tak kerja. Saya yang bekerja tanggung anak, diri sendiri dan suami, juga makan-makan dengan mentua semua. Suami marah kalau saya makan McDonald's atau 'seangkatannya' masa kerja.

wanita kerja 2

Disebabkan sikap cemburu dan pemarah suami, wanita itu berkata mereka pernah tidak bertegur sapa selama beberapa hari. Gambar hiasan

"Dia marah yang tak bercakap tiga hingga empat hari, kadang-kadang seminggu. Saya bangun pagi hantar anak rumah pengasuh, kerja pula bagai nak rak... dia main ML (Mobile Legend) dekat rumah.

"Balik kerja ambil anak kemudian masak lagi untuk dia. Dia scroll TikTok atau apa-apa, terpaling penat," luah wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bela suami OKU ‘biawak hidup’, isteri mula hilang sabar... Boleh kerja urut refleksologi tapi malas, siap buat hutang!

ARTIKEL BERKAITAN: Derita bersuamikan ‘biawak hidup’ gara-gara gaji tinggi... Banyak kali nak cerai sebab culas bab nafkah, isteri risau dilabel derhaka

Tidak sekadar enggan keluar bekerja, wanita tersebut turut mendedahkan sikap buruk si suami yang seolah-olah tidak menghargai kehadiran dirinya sebagai seorang isteri.

"Saya baru dapat tahu dia ada akaun DS (dark side) sedangkan saya dituduh menjalin hubungan intim dengan adik-beradik sebab kami tinggal di rumah keluarga saya sekarang.

"Pergi kerja pun suruh pakai tudung labuh sebab katanya nanti tayang payudara dekat orang... tapi kalau keluar dengan dia, kena pakai seksi yang boleh.

Jangan jadi bodoh, anak-anak tak perlukan ayah bebal macam ni. Tuntut fasakh. Semoga dipermudahkan urusan.

NETIZEN

"Dia tak reti cakap baik-baik dengan saya... senyum apatah lagi. Tapi kalau scroll TikTok elok je gelak walau pergi makan kedai Indo, siap bergurau dengan (pekerja) Indo tu. Saya rasa hina jadi wife dia," luahnya lagi menerusi kiriman Direct Message (DM) yang kemudian dikongsikan semula menerusi satu akaun Twitter.

Sehingga kini perkongsian berkenaan meraih lebih 1,726 ulang kicau.

Sementara itu, rata-rata netizen yang memenuhi ruangan komen menyifatkan suami wanita berkenaan sebagai lelaki yang tidak tahu bersyukur, malah ada yang mencadangkan supaya dia mengundur diri daripada menanggung biawak hidup.

"Anon (confessor) tengah bela lelaki Gorgon. Lepaskan Gorgon itu ke sungai.

"Saya cadangkan confessor kumpul kekuatan diri untuk keluar dari perkahwinan ini. Sebab lagi lama anda berada dengan suami yang sebegini, lagi teruk anda akan mengalami tekanan mental.

"Anon jangan jadi bodoh, anak-anak tak perlukan ayah bebal macam ni. Tuntut fasakh. Semoga dipermudahkan urusan.

"Buat malulah jadi suami kalau jenis biawak hidup ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain