suria

Gadis panjat superbike, tak cukup tanah elak anak anjing... Kawan tengah seronok rekod video, tiba-tibu muncul lagi 2 ekor!

Bella mempunyai pengalaman pahit berdepan dengan sekumpulan anjing pada 2018.

GELAGAT seorang wanita yang takut dengan seekor anak anjing meraih perhatian netizen di media sosial.

Bukan tidak bersimpati, namun aksi gadis bernama Nur Laila Abdullah memanjat motosikal jenis KTM RC 200 miliknya itu cukup menghiburkan.

Perasaan takutnya bukanlah dibuat-buat walaupun keletahnya seakan sedang ketawa dengan situasi tersebut.

Ketika dihubungi mStar, gadis berusia 22 tahun itu menceritakan semula mengenai kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

“Waktu tu saya dari Cyberjaya nak ke Kajang. Saya ada shoot video Youtube dengan satu produksi ni.

“Sebelum sampai ke studio, saya berhenti dulu dekat tasik Tropicana Height, kononnya nak lepak ambil angin sekejap.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati atasi segala... gadis takut anjing beranikan diri demi Jantan! Bukan hanya beri makan, juga jadi ‘nurse’ balut kaki dengan halia

ARTIKEL BERKAITAN: Rileks berdepan 2 anjing, remaja despatch siap kongsi tip... tapi dalam hati siapa tahu! - “Tak pernah kena gigit, minta simpanglah”

“Baru nak turun tiba-tiba ada anak anjing datang dekat dengan motosikal. Saya terus panjat motor tak fikir apa dah,” kata Nur Laila yang senang disapa Bella.

Selain leceh untuk menyertu semula sekiranya terpegang anjing, Bella sebenarnya takut apabila memikirkan baka anjing tersebut.

“Masa anak anjing tu datang, saya dah terfikir nak kena samak pula nanti kalau tersentuh. Bukan tu je, ibu bapa anjing tu pun ada dekat situ. Saya tengok ia bukan anjing biasa. Saya tak pasti jenis apa tapi warna anjing tu hitam dan berbadan besar.

Bella merupakan seorang freelancer.

“Apa lagi... menggelupur la saya! Anak anjing tu tak garang pun. Saya lagi garang! Cuma ibu bapa anjing tu yang terlebih ‘seram’," kata Bella.

Ujar Bella lagi, lebih menambah rasa takut apabila dia fobia terhadap anjing gara-gara pengalaman pahit yang berlaku pada tahun 2018.

"Saya pula memang ada fobia dengan anjing dah lama. Masa tu saya naik motor dekat satu kawasan perumahan.

"Pada mulanya saya tenang dan rileks saja tunggang motosikal. Tiba-tiba ada sekumpulan anjing datang kejar... mungkin disebabkan ekzos bising. Sejak itu saya takut sangat-sangat dengan anjing,” katanya.

Kawan saya pula dia tolong, tapi tolong record dan gelakkan saya.

NUR LAILA

Selain anjing, Bella yang bekerja sebagai pelakon sambilan untuk saluran YouTube menyatakan dia juga takut terhadap lipas, katak dan cicak.

Bercerita lanjut mengenai video yang tular, rakaman tersebut dibuat rakannya bernama Aishah yang sudah bersahabat selama lebih lapan tahun.

Pada ketika itu, rakannya kelihatan cukup terhibur melihat rakannya dalam keadaan ketakutan dan memilih untuk merakamkan momen tersebut.

WhatsApp Image 2023-03-08 at 8.10.11 PM

Bella mempunyai fobia dengan anjing sejak 2018.

“Sebelum ni kalau saya nampak anjing, daripada jauh lagi saya dah patah balik pusing jalan tu. Saya ni ganas tapi anjing tu terlebih ganas jadi sayalah terpaksa tunduk dan lari.

“Kawan saya pula dia tolong, tapi tolong record dan gelakkan saya. Tapi lepas mak bapa anjing tu bangun, kami berdua terpaksa start motor dan beredar daripada situ,” kata Bella lagi.

Hantaran dibuat ini hingga kini meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan Bella ketika berdepan dengan anak anjing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain