TIDAK semua insan bertuah dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Ada yang kurang bernasib baik di mana mereka dibesarkan oleh saudara mara atau waris dek kerana masalah tertentu yang berlaku dalam keluarga seperti kes penceraian, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, di mana dia tidak mendapat kasih sayang terutama daripada insan yang bergelar bapa lantaran dibesarkan oleh ibu saudara. Menurut wanita yang enggan dikenali identitinya itu, sejak kecil sehinggalah berumah tangga, lelaki tersebut tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. "Untuk pengetahuan, saya dibesarkan oleh ibu saudara sejak lahir. Ibu akan jenguk seminggu sekali manakala bapa setahun sekali iaitu pada hari raya. Wanita berkenaan juga mengakui pernah dipukul bapanya ketika kecil. Gambar hiasan "Bapa saya tidak pernah menjaga atau memberi nafkah kepada saya sehingga saya berkahwin. Dia juga sering menyakiti ibu dan bertukar isteri. "Saya pernah dipukul bapa kerana pulang lewat daripada acara hari jadi rakan sekelas," luahnya. Disebabkan kenangan pahit yang ditinggalkan bapanya, wanita berkenaan berkata apa yang berlaku sentiasa menghantuinya dan menyebabkan dia menyimpan perasaan dendam. ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan derita dapat suami dayus, tak hirau isteri lahirkan zuriat sendiri... Macam pengemis minta azankan anak ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sanggup menduda sampai hujung usia, besarkan anak dengan tangan sendiri... Wanita ini terkilan tak sempat balas jasa arwah Bagaimanapun seiring dengan usianya yang meningkat dewasa, dia mengakui tidak lagi menyimpan dendam tambahan pula bapanya juga sudah berusia. Namun satu perkara yang berlaku baru-baru ini benar-benar membuatkan wanita itu berada di dalam dilema di antara kewajipan sebagai seorang anak dan juga kesihatan diri. "Ibu menyuruh saya pulang bertemu dengan bapa saya kerana beliau sedang sakit tua. "Saya tengah sarat mengandung, due date lagi dua minggu. Ibu berkata jika tidak pulang untuk meminta maaf kepada bapa, saya akan mengalami kesukaran proses bersalin. Ayah kamu dah tua, bila-bila masa kubur kata mari... kalau nak jumpa, teruskan. NETIZEN "Sudah lama saya hilangkan rasa dendam itu kepadanya. Soalan saya, adakah berdosa jika saya tidak menjenguknya dan benarkah Allah akan menyukarkan proses bersalin saya kelak?" luahnya dalam kiriman mesej yang disiarkan di laman Twitter @confesstweetmy. Dalam pada itu, ruangan komen 'meriah' dengan pelbagai pandangan serta komen warga maya berhubung situasi yang dialaminya. Segelintir daripada mereka menyarankan agar wanita berkenaan menjalankan kewajipan sebagai seorang anak meskipun pernah melalui episod pahit sebelum ini. "Pergi saja minta maaf dan terus balik. Hanya jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Biarkan dia tak jalankan tanggungjawabnya, jawablah dia nanti. "Bergantung kepada kamu. Kami tiada di tempat kamu. Ayah kamu dah tua, bila-bila kubur kata mari. Kalau nak jumpa, teruskan. Takut dia mati, satu hari nanti kamu menyesal. "Baik buruk ibu ayah tu, dia tetap ibu ayah kita sampai mati," demikian pandangan segelintir warga maya. Netizen membantu memberikan pandangan terhadap situasi yang dialami wanita tersebut. Namun sebahagian yang lain pula berpandangan sebaliknya. "Tak ada masalah pun taknak maafkan kalau diri dizalimi. Itu hak anda. Tapi sesungguhnya Allah beri ganjaran besar dekat akhirat kalau kita maafkan seseorang. "Abaikanlah... lagi dua minggu, fokus kepada diri sendiri. Selepas pantang nanti baru fikir nak balik jumpa atau apa. "Tak payah kot... minta maaf untuk apa kalau dari kecil tak duduk dengan dia. Patutnya ayah yang minta maaf sebab tak pernah beri nafkah dan jalankan tanggungjawab," demikian antara pandangan netizen. Semoga Allah menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta sentiasa berbakti kepada ibu bapa sama ada semasa hayat atau selepas ketiadaan mereka. Renung dan fahami kupasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa untuk kebaikan bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube