suria

Pandu kereta macam kura-kura waktu ‘peak hours’, lelaki ini mohon maaf... Rupanya jaga luka isteri bersalin, 2 kali kena ‘operation’

Amriezal terpaksa memandu perlahan kerana isterinya melahirkan anak secara pembedahan.

SUAMI yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri merupakan satu rezeki tidak ternilai.

Walaupun ada kalanya kasih sayang itu tidak dilafazkan dengan kata-kata, namun penghargaan buat wanita istimewa itu kerap dizahirkan dengan tingkah laku terutamanya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Seperti foto yang dikongsikan pelayar Twitter @tumbukrusuk baru-baru ini, nota yang dipamerkan pada bahagian belakang sebuah kereta Honda City berwarna merah mengenai situasi isterinya menerima pujian ramai.

Sorry tak boleh (pandu) laju. Isteri (lepas bersalin) czer (caesar),” tulisnya pada nota tersebut.

Hantaran Amriezal di akaun Facebook.

Nota permohonan maaf itu cukup mencerminkan keprihatinan si suami tentang keadaan kesihatan isterinya hingga dia terpaksa menyukarkan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika melalui jalan satu lorong dengan trafik sesak.

“Nampak di (lebuh raya) Guthrie tadi. Kereta bawa chill (perlahan) dekat lane kiri. Sangat kagum dengan abang ni, punyalah dia jaga isteri. Semoga syurga untuk bro dan keluarga,” tulisnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak, tak bersedia langsung” - Akibat rancang kehamilan sendiri, wanita gelabah tak sengaja hamil! Serabut fikir nak teruskan atau gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah detik cemas bersalin di wad ‘asing’, doktor anggap berlaku keajaiban - “Darah keluar macam air terjun”

Setelah menerima lebih 11,000 ulang kicau dan 24,000 tanda suka, pemandu Honda City yang menjadi bualan ramai itu akhirnya muncul memperkenalkan diri.

Menggunakan akaun Twitter @AmriezalAm, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memahami situasinya pada ketika itu.

“Ya betul, tiada siapa yang suruh bawa laju pun. Tapi menghormati pengguna lain, saya ambil langkah ni sebab ketika itu waktu orang balik kerja.

Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami.

AMRIEZAL

“Untuk highway tiada masalah, hanya pada setengah keadaan jalan je yang kena betul-betul perlahan. Apabila masuk jalan biasa, susah orang nak memotong. Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami.

“Kenapa nak kena slow sangat? Sebenarnya isteri dah discaj pada tarikh 4 Mac dan dimasukkan semula pada 7 Mac sebab ada berlaku pendarahan dan jahitan terbuka sebab dia mengalami batuk teruk,” ujarnya menjelaskan situasi.

Tambah Amriezal, pada malam isterinya dibenarkan keluar hospital, kawasan Sungai Buloh, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan rumah mereka.

Perkongsian gambar oleh warganet di Twitter.

Katanya lagi, disebabkan isterinya menjalani pembedahan sebanyak dua kali, dia perlu lebih berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu jika diteliti pada hantaran dibuat beberapa hari lalu di Facebook, isterinya yang bernama Mas Edora selamat melahirkan anak perempuan, Nur Amniey Maryam pada 2 Mac lalu pada pukul 12.04 tengah hari.

Apabila diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si suami yang prihatin dengan keadaan isterinya.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa individu lain turut berkongsi foto secara rawak yang pernah tular sebelum ini bagi memperlihatkan keprihatinan suami kepada isteri masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain