suria

Berani label budak kampung lepas SPM ‘zero manners’, gadis Twitter teruk kena ‘basuh’ dengan netizen... “Ubah mindset awak yang kolot”

Gelaran budak kampung lepasan SPM mengundang kemarahan ramai. -Gambar hiasan

KERANA nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Begitulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi di mana seorang individu bertindak 'memukul rata' dengan menyifatkan staf di sebuah kedai peralatan serba guna sebagai tidak beradab.

Wanita tersebut membuat ciapan di laman Twitter baru-baru ini, berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke salah satu cawangan kedai berkenaan.

"Staf kat sini kebanyakan budak kampung yang menganggur sejak SPM. Zero manners. Dah la jenis buat kerja loading stock bersepah tengah laluan. Apabila customer nak lalu, mengeluh," demikian ciapan yang ditulis wanita berkenaan.

Seperti mana yang dijangka, ciapan tersebut mengundang kemarahan majoriti warga maya bukan hanya kerana tindakannya 'memukul rata' staf di kedai berkenaan kononnya tidak beradab, malah penggunaan perkataan 'budak kampung lepasan SPM' (Sijil Pelajaran Malaysia) disifatkan sebagai satu penghinaan.

diy 2

Ciapan yang mengundang kontroversi di media sosial.

Bukan hanya mendapat kecaman di Twitter, malah ciapannya turut 'melarat' di aplikasi TikTok selepas ia turut dikongsikan oleh seorang individu.

Dalam perkongsian di TikTok, individu berkenaan tampil menegur tindakan wanita berkenaan kerana disifatkan mempunyai mindset yang kolot.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Perlis ke KL! Graduan menganggur 7 bulan ajak rakan berhijrah, mulanya menumpang sana sini, kini bisnes nasi dari rumah sewa - “Kalau tak dapat kerja, peluang bisnes balik kampunglah”

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi berangan! Ketika menganggur dan jadi ‘beban keluarga’, Imran Bard dijemput catwalk peragakan fesyen Hatta Dolmat

"Kadang awak merasa selesa dengan kedudukan dan darjat kehidupan yang ada. Mungkin pekerjaan awak yang paling bagus. Hina ke budak kampung jika lepasan SPM pun nak cari kerja?

"Saya sendiri pernah lihat budak SPM mohon kerja tanpa malu dan segan. Sebak rasanya sebab dia ambil keputusan lepas SPM untuk bekerja.

"Walaupun saya tak bekerja dekat situ pun, amat terkesan dengan perkataan budak kampung lepasan SPM yang menganggur tu, no manners. Kalau sis rasa adab sis lebih baik daripada kami yang budak kampung, saya rasa sis perlu perbetulkan teguran sis.

Hargailah budak kampung yang tinggalkan kampung untuk mencari rezeki.

NETIZEN

"Jangan dianggap kurang ajar tapi tunjukkan contoh yang betul untuk orang menghormati kita. Saya tahu awak takkan terima teguran tapi ubah mindset awak yang kolot," tulisnya.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih lebih 359,000 jumlah tontonan di TikTok.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, majoriti warga maya turut sependapat dengan individu berkenaan malah memuji 'budak kampung' yang langsung tidak memilih pekerjaan.

diy 1

Antara komen netizen yang menyokong pandangan seorang individu di TikTok.

"Mereka tak tahu kebanyakan budak kampung ni bekerja untuk menyara keluarga. Mereka anak yang kuat. Mereka anak yang Allah pilih untuk bantu keluarga

"Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh kerana di dunia ini hanyalah pinjaman Allah

"Apa yang kita cakap mencerminkan adab kita.

"Hargailah budak kampung yang tinggalkan kampung untuk mencari rezeki," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain