ENTAH di mana silapnya, rakyat Kelantan sering menjadi mangsa diskriminasi serta diejek kerana asal-usul mereka. Kali ini, seorang anak jati Kelantan dikenali sebagai Zac Zakirin berkongsi kepayahan yang dilaluinya untuk memecoh tembok diri daripada bergelar 'tipikal Kelantan' yang sering menjadi mangsa cemuhan. "Seperti yang kita tahu, kalau ada perkara viral yang melibatkan rakyat Kelantan, mesti kena troll lebih dahsyat berbanding negeri lain. Walhal sikap buruk tak boleh disandarkan pada negeri. Sikap suka mengejek antara satu sama lain menyebabkan sebahagian anak muda negeri itu sukar mencari keyakinan diri. (Gambar Hiasan) "Tapi, most of the time orang marah dengan orang Kelantan ni sebab mereka ada tipikal sikap yang sama. Sebelum aku perincikan sikap tipikal Kelantan, ada beberapa faktor yang mendorong mereka jadi seperti itu," ujarnya memulakan bicara. Menurut Zac, banyak faktor yang mendorong anak jati negeri itu mempunyai sikap tipikal Kelantan dan antaranya disebabkan oleh sikap suka mengejek sesama sendiri sejak zaman kanak-kanak lagi. "Sebelum aku perincikan sikap tipikal Kelantan, ada beberapa faktor yang mendorong mereka jadi seperti itu. Antaranya, tidak pernah keluar (menetap) dari kampung dari kecil sampai tua dalam jangka masa yang panjang dan suka berkawan sesama Kelantan sahaja tanpa bergaul dengan orang negeri-negeri lain. Saya nasihat atas kapasiti saya pun orang Kelantan. Letih tengok anak Kelantan perangai tak berubah sejak 13 tahun lepas saya tinggalkan Kelantan. ZAC ZAKIRIN "Yang pertama sikap 'nganying' iaitu mengejek atau 'menganjing'. Perangai ini memang cukup sinonim dengan budak Kelantan, dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai masuk insitut pengajian tinggi atau Kolej Kemahiran di Kelantan. "Kalau sekolah harian biasa, cikgu suruh baca petikan in English pun kena ngaying, lagi-lagi kalau terbuat silap masa salah sebutan. Belum lagi kalau cubaan berbahasa Melayu standard, mesti kena cop berlagak cakap bandar. Memang susah nak polish confident kalau environment macam ni," ujarnya. Selain itu, Zac berkata sikap berani tak bertempat juga menyebabkan sebilangan rakyat Kelantan sering menjadi mangsa cemuhan individu dari negeri lain. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mat Kelantan menjual sambil kesal tak belajar betul-betul! 3 jam jalan macam nak patah kaki, satu mangga pun tak laku "Yang kedua ialah sikap 'gedebe tidak bertempat' atau suka bergaduh dan terpaling gangster. Tengok Kahar dalam Projek High School, anak Kelantan. Memang kalau pergi tempat orang, rasa diri kita inilah yang paling berani. Rasa kalau bergaduh, memang kitalah yang akan menang. "Dicampur pula dengan sikap 'ngaying' tadi, memang 'naik sheikh'. Tak tahu ke yang orang luar Kelantan pun ramai juga fighter dan berkebolehan untuk one by one. Cuma mereka tak tunjuk," jelasnya lagi. Tambah Zac, sebilangan rakyat Kelantan turut mempunyai sikap taksub termasuklah soal parti sehingga sukar untuk ditegur dalam apa jua situasi. "Yang ni paling bahaya. Jika sudah minat dengan sosok individu tu, dia punya taksub lain macam. Termasuk juga taksub dengan parti. Topik mengenai sikap rakyat negeri Kelantan acap kali dibahaskan di media sosial. (Gambar Hiasan) "Hidup air karat tak apa, janji pangkah bulan. Kalau ditegur, dia marah, melenting tunjuk gedebe. Sama juga taksub dalam bab agama," ujarnya lagi. Yang terakhir kata Zac, segelintir rakyat Kelantan juga mempunyai tahap pemikiran waras (common sense) yang rendah, sekali gus menyebabkan mereka suka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. "Yang ni tak payah sebut. Baru je viral video pergi makan dekat restaurant. Itulah perangai tipikal akak-akak Kelantan. Malah kalau nak raya pula, mesti penuh sampah dekat highway Merapoh ke Gua Musang sebab ramai pakat buang sampah dekat situ," ujarnya lagi. Dalam ciapan tularnya di Twitter, Zac turut menyenaraikan beberapa nama anak Kelantan yang berjaya dan tidak mengamalkan sikap-sikap yang disebutkannya. Antara komen di Twitter berhubung isu itu. "Tapi, kalau tengok anak Kelantan yang berjaya dan kian popular pada hari ini seperti Khairul Aming, Sofyank dan Syahmi Sazli, mereka sudah keluar awal dari kepompong itu dan terus berlari untuk lebih berjaya. Jarang tengok orang berjaya masih lagi ada perangai-perangai tersebut. "Kalau ada yang terasa, tolong berubah la. Saya nasihat atas kapasiti saya pun orang Kelantan. Letih tengok anak Kelantan perangai tak berubah sejak 13 tahun lepas saya tinggalkan Kelantan. "Dan Alhamdulillah, circle kawan rapat Kelantan yang ada sekarang ni pun sudah lama break the barrier," ujar Zac mengakhiri siri tweet yang menerima lebih 2,500 ulang kicau. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube