suria

‘Drama’ depan restoran! Gelagat budak kecil merajuk jadi perhatian, bukan senang nak pujuk... tiba-tiba ramai anak nombor 2 muncul

Maleq merajuk sambil dipujuk bapanya ketika berada di sebuah kedai makan.

SETIAP adik beradik memiliki perwatakan berbeza walaupun 'keluar' dari rahim ibu yang sama.

Apa yang pasti, ibu bapa pastinya sudah terbiasa dan ‘masak’ dengan perangai unik serta kerenah setiap anak.

Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang wanita merakamkan gelagat seorang kanak-kanak yang sedang merajuk di hadapan sebuah kedai makan di Pontian, Johor.

Budak lelaki itu yang bernama Maleq dilihat merajuk sambil berpeluk tubuh di luar kedai makan ketika dipujuk bapanya.

Gelagat Maleq merajuk sempat dirakam.

Menerusi perkongsiannya, wanita ini seolah-olah mahu memberitahu bahawa perangai anak nombor dua memang semuanya sama.

“Aduhai anak nombor dua. Sampai luar kedai dia merajuk,” tulis Balqis pada video yang dikongsi.

Cubaan si bapa untuk melihat dari arah hadapan wajah Maleq gagal apabila dia terus memusingkannya tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Monyet merajuk tepi bangunan macam putus cinta, main tarik tali apabila pemuda datang pujuk - “Dia tengah healing tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula merajuk burger ada timun, rupanya gadis ini cari helah nak ‘deep talk’ dengan bapa... Buka cerita ada masalah mental

Bapanya tidak berputus asa dan masih mencuba dengan mencuit bahunya tetapi gagal apabila Maleq tetap menunjukkan reaksi sama.

Gelagat kanak-kanak comel itu sempat dirakam oleh ahli keluarga lain yang terhibur melihat 'drama' itu.

Menelusuri ruangan komen, ramai warganet mengakui memiliki sikap sama dan mereka juga merupakan anak nombor dua.

Saya anak nombor dua. Kalau merajuk mak bagitahu saya suka berguling depan orang. Sampai saya dapat benda yang nak tapi mak saya tak layankan pun.

NETIZEN

“Anak nombor dua hadir. Kalau sekarang saya merajuk macam tu, mahu pening kepala suami.

“Saya anak nombor dua. Kalau merajuk mak bagitahu saya suka berguling depan orang. Sampai saya dapat benda yang nak tapi mak saya tak layankan pun,” komen netizen di TikTok.

Namun, punca kanak-kanak ini merajuk tidak dinyatakan oleh Balqis dalam perkongsiannya yang tular itu.

Bagaimanapun, menurut Balqis, ibunya berjaya memujuk kanak-kanak yang sedang merajuk ini setelah dia selesai makan.

Balqis menyatakan bahawa sikap suka merajuk anak saudaranya ini saling tak tumpah dengan perangainya juga.

Komen netizen di TikTok.

"Saya pun anak nombor dua. Mak cakap memang pelik-pelik perangai.

"Tak sangka anak buah (Maleq) pun lebih kurang sama perangai," katanya membalas komen netizen.

Dalam pada itu harus diingat bahawa merajuk pada usia kanak-kanak ini nampak comel tetapi apabila sudah meningkat dewasa, tindakan ini berkemungkinan menjengkelkan orang sekeliling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain