SEJAK akhir-akhir ini ramai warga asing yang pandai ‘membeli’ hati rakyat Malaysia dengan memuji kehebatan negara ini. Malah di media sosial, ada yang melabelkan Kuala Lumpur lebih moden daripada bandaraya terkemuka dunia, New York di Amerika Syarikat. Namun, sikap positif mereka nampaknya tercemar dengan keangkuhan seorang lelaki warga asing ini. Seorang pemuda berkongsi satu insiden yang tidak diingini ketika menunggu teksi dekat sebuah stesen LRT di Kuala Lumpur. Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia mendakwa berdepan dengan seorang lelaki warga asing bersikap biadab. Perkongsian seorang pemuda di laman Twitter. "Baru saja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya beratur mengikut barisan untuk menaiki teksi. "Kemudian datang pula seorang warga asing yang biadab memotong barisan," katanya sambil memuat naik foto seorang lelaki warga asing membawa beg galas hitam. Sewaktu ketibaan teksi, kata pemuda itu dia cuba untuk memintas semula barisan bagi mendapatkan teksi. ARTIKEL BERKAITAN: Biadab di negara orang! 'Karen' versi lelaki pula muncul di Ampang, bukan saja maki tapi bagi isyarat lucah kepada sekuriti ARTIKEL BERKAITAN: Karen oh Karen! Selepas KLCC, dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan di Bangsar Namun tanpa disangka-sangka, lelaki warga asing itu kemudian bertindak agresif. "Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya supaya kembali beratur. Dan apa yang mengejutkan, dia meludah kepada saya," ujarnya lagi menerusi satu ciapan di laman Twitter. Selain foto, pemuda itu turut memuat naik video pendek yang dipercayai dirakam daripada dalam teksi, menunjukkan lelaki warga asing itu berdiri di tepi jalan. Tangkap layar video yang dipercayai dirakam dari dalam teksi. Setakat ini, ciapan tersebut diulang kicau lebih 1,100 kali dan meraih lebih 130,000 tontonan sehingga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. "Biadab gila. Bersabar ye. "Ludah awak? Secara literal atau metafora? Jika dia benar-benar melakukannya, saya akan segera mengambil tindakan berbanding menaiki teksi. Boleh minta bantuan pemandu teksi dan orang lain di sekeliling untuk melaporkan aduan terhadapnya. "Masa dia potong barisan kau senyap tapi ambil gambar dengan niat nak tularkan. Come on tegurlah depan-depan, bukan semua benda kena tularkan. Tak dapat untung pun," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube