suria

Kecoh wang ‘jatuh dari langit’! Ibu miskin sayu tengok rezeki ditabur atas jalan - “Saya tak ada duit nak beli barang sekolah anak”

Tangkap layar video menunjukkan duit 'jatuh dari langit'.

KECOH di media sosial mengenai seorang lelaki mengutip wang kertas yang 'jatuh dari langit'.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat beberapa wang kertas 'jatuh' sehingga berselerakan di sepanjang siar kaki, di tepi jalan.

Rakaman berdurasi 16 saat itu menunjukkan beberapa nilai wang kertas dengan kebanyakannya not RM50, selain RM20, RM10 dan RM5.

duit jatuh dari langit 2

Seorang lelaki mengutip beberapa wang kertas di atas siar kaki.

Seorang lelaki yang membuat membuat rakaman mengutip beberapa wang kertas tersebut.

Lokasi rakaman dipercayai dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur, berhampiran Menara Kembar PETRONAS.

"Jangan tamak... tinggalkan untuk orang lain juga. Okay, nak pergi vakum sekejap," menurut keterangan video yang merujuk kepada 'menyedut' wang kertas yang bersepah di siar kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu misteri buat 'content' campak RM1,000 di shopping mall, netizen kata salah tempat! Dilabel pula tak hormat rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan hulur RM100, rider gelabah cari duit baki masa hujan lebat... Tak sangka ada habuan tengah malam! "Rezeki kau dik rajin kerja"

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ia merupakan sebahagian daripada 'content' di media sosial semata-mata atau mempunyai tujuan lain dibuat sebegitu.

Situasi wang 'jatuh dari langit' itu ternyata mengejutkan netizen yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.

duit jatuh dari langit 3

Lokasi dirakamkan dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Inilah orang kata 'duit jatuh dari langit'. Jom kita pergi kutip.

"Amboi, duit jatuh dari langit? Nak sikit.

Jangan la tabur macam tu. Kalau boleh, bagi terus kepada yang betul-betul memerlukan.

NETIZEN

"Bertuah la kalau duit turun dari langit. Jatuh depan mata.

"Itu macam content je," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen turut menyuarakan kekecewaan mereka kerana wang tersebut dibuang begitu sahaja sedangkan terdapat rakyat berdepan dengan kesempitan hidup.

duit jatuh dari langit 4

Antara komen netizen.

"Daripada tabur macam ni, lebih baik sedekahkan dekat rumah anak-anak yatim. Dapat juga pahala.

"Jangan la tabur macam tu. Kalau boleh, bagi terus kepada yang betul-betul memerlukan.

"Bagi la pada yang sangat memerlukan seperti saya... saya ingin membeli keperluan sekolah anak-anak pun tak ada duit. Dah la anak-anak tiga orang yang bersekolah," demikian antara komen netizen.

Setakat ini, video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 3.3 juta tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain