suria

Bayar bulanan bank ‘cantik’, tapi nak letak meja makan depan pintu rintangan api pun tak boleh... penghuni gaduh dengan management!

Meja dan kerusi lipat milik individu tersebut yang diletak di hadapan pintu rintangan api.

SAMA ada menyewa ataupun tinggal di rumah sendiri, sudah pasti setiap penghuni kediaman terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah ataupun badan pengurusan bangunan.

Semestinya setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan mempunyai sebab dan alasan khususnya dari segi keselamatan dan keselesaan keseluruhan penduduk.

Namun begitu, ada juga segelintir penghuni yang gemar membuat 'kepala sendiri' tanpa menyedari tindakannya menyusahkan pihak lain.

Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu yang merupakan penghuni di sebuah pangsapuri meluahkan rasa tidak puas hati dengan badan pengurusan residensinya.

Menurut individu berkenaan, dia telah meletakkan meja dan kerusi makan mudah alih di bahagian luar rumahnya untuk tujuan bersantai bersama ahli keluarga.

"Hari ini saya gaduh dengan management kondominium saya sebab letak ini barang dan saya punya kerusi situ untuk lepak dengan family sambil makan hotpot soup.

"Saya tak faham management ni macam nak aim family saya bila makan dekat situ. Mungkin mereka tak suka saya. Apartment ini saya beli sendiri bukan sewa.

B40 1

Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati di Facebook.

"Maintenance fee memang saya tak bayar sebab mereka tak repair lif dan cuci. Saya bayar (pinjaman perumahan) cantik selalu bulan-bulan di bank," luah individu berkenaan.

Dakwa individu itu lagi, jiran-jirannya juga tidak mempunyai masalah apabila mereka meletakkan kerusi dan meja di kawasan tersebut malah tidak pernah membuat aduan mengenainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya

"Kalau semua tak boleh letak luar, semua kena buanglah. Aircond semua kasi cabut. Dengar sini baik-baik, kalau dalam rumah panas, pakai kipas saja.

"Hari ini management datang lagi marah dan nak ambil barang-barang saya. Saya sangat marah dan saya nak jumpa siapa ketua company management bangunan ni.

"You buat saja kerja you, saya buat kerja saya, saya bayar rumah sudah, you buat kerja office girl saja. Esok saya mau cari dia, tak kira Tan Sri atau Dato Seri," luahnya lagi.

Penghuni tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan kerusi dan mejanya yang diletakkan di bahagian pejalan kaki, bertentangan dengan pintu rintangan api bomba.

Kalau kamu letak di luar, ada budak panjat dan jatuh bawah siapa nak tanggung?

NETIZEN

Bagaimanapun, luahan ketidakpuasan hatinya mengundang kecaman daripada warga maya.

Rata-ratanya berpendapat tindakan individu berkenaan ternyata menyalahi peraturan bukan sahaja setakat mengganggu ruangan awam, malah boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi menghalang pintu rintangan api bomba.

"Kacau laluan pintu rintangan api tu bos, akta bomba dah salah.

"Kalau kamu letak di luar, ada budak panjat dan jatuh bawah siapa nak tanggung? Lagi satu, commence area memang untuk awam.

KOMEN B40

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

"Tolong faham bos itu tempat pejalan kaki, lorong laluan, rizab jalan hak bersama. Ibu kamu tak ada ajar ke?

"Bila duduk rumah bertingkat, kena faham apa itu commence area. Kena faham apa itu yuran penyelenggaraan. Iya rumah anda, adakah anda tahu kalau tidak bayar yuran penyelenggaraan rumah, anda akan didakwa.

"Gila commence area dijadikan tempat melepak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain