suria

Seram… dah bayar hotel, tiba di lokasi tiada seorang pun staf dan tetamu! Malang nasib, booking hotel lain pun tak kurang ngerinya

Setiap orang perlu berhati-hati dan mempertimbangkan beberapa aspek apabila mahu menempah bilik hotel.

MENGINAP di hotel merupakan pilihan mudah bagi sesiapa yang suka ‘travel’ atau meninggalkan rumah atas urusan kerja.

Begitulah juga dengan pemuda ini yang membuat tempahan bilik penginapan tetapi berdepan satu pengalaman ngeri apabila hotel yang ditempah sudah lama tidak berpenghuni.

Menurut pengguna Twitter @iRaesmee, dia pergi ke sebuah daerah di Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas menempah penginapan di sebuah hotel di kawasan itu.

Bercerita mengenai pengalamannya, dia menempah penginapan di rangkaian hotel tempatan dan berjaya membuat tempahan menerusi aplikasi telefon.

Katanya, semasa membuat tempahan, semuanya kelihatan baik dan dia tidak berfikir dua kali untuk membuat pembayaran bilik itu secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tirai mandi ditarik, ada bunyi air dibancuh! Misteri di bilik hotel terjawab, wanita bergaun putih akhirnya tunjuk diri dalam cermin

ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri – “Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan”

Selepas memandu selama berjam-jam dia akhirnya tiba di hotel berkenaan tetapi hairan apabila melihat ia kosong dan tiada kakitangan yang bekerja di situ.

Melihat situasi itu, pemuda ini terus menghubungi perkhidmatan pelanggan yang kemudian memberitahunya bahawa dia perlu menunggu selama 45 minit sebelum mereka boleh menawarkan penyelesaian.

Tangkap layar video menunjukkan keadaan hotel yang ditempah.

“Entah apa nasib, dah tempah dan bayar hotel, tapi bila sampai, hotel kunci, tiada penghuni, hotel gelap.

“Telefon customer service, katanya dalam 45 minit baru boleh bagi kata putus.

“Saya ni nak tidur sebab dalam perjalanan jauh, nak berehat dulu,” tulisnya meluahkan rasa kecewa.

Bila masuk bilik, bilik busuk, bau asap rokok, tandas berdaki, tombol pintu longgar, pintu tandas longgar, cadar kurang bersih.

RAES

Menerusi video dimuat naik, dapat dilihat hotel itu kelihatan kosong kerana ia sebenarnya telah ditutup.

Kerana kecewa dengan pemakluman itu, dia terus menempah penginapan di hotel lain di kawasan berdekatan, namun turut tidak berpuas hati dengan pengalamannya di sana.

“Saya sekarang baru saja check in hotel lain. Terdesak sangat. Ingat nak tidur dalam kereta je tadi tapi rasa tak selamat. Bayar tunai RM100 dekat kaunter.

“Bila masuk bilik, bilik busuk, bau asap rokok, tandas berdaki, tombol pintu longgar, pintu tandas longgar, cadar kurang bersih," tulisnya dalam ciapan susulan.

Hantaran asal yang tular.

Dia menjelaskan, bilik itu ditempah kerana memerlukan penginapan alternatif yang murah memandangkan dia hanya mahu singgah tidur sebelum menyambung perjalanan.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka bilik itu dalam keadaan sedemikian dan akur dengan nasib malang yang dihadapi pada malam itu.

Dalam hantaran sama, dia menjelaskan sudah dibayar balik wang daripada pihak agensi yang menguruskan hotel tersebut.

Hantaran yang menjadi tular itu menerima pelbagai komen malah ada juga yang berkongsi pengalaman buruk mereka menempah hotel sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain