suria

Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus”

Murtabak yang dibeli individu berkenaan hitam legam. Foto: FB B40 Buat Perangai Apa Harini

BAZAR Ramadan adalah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu bukan sahaja umat Islam malah penganut agama lain menjelangnya bulan puasa.

Di situlah 'lautan' makanan boleh didapati daripada kuih muih, minuman dan aneka juadah lain.

Namun, dalam keseronokan dan keterujaan orang ramai yang menantikan bazar ramadan, di situ juga mereka berhadapan dengan pengalaman 'kurang baik', sebagaimana yang dialami oleh seorang lelaki.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa gara-gara murtabak yang dibelinya hangus.

Menurut lelaki tersebut, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas membuka bungkusan untuk dihidangkan ketika berbuka puasa.

bazar

Bazar Ramadan adalah antara perkara yang dinanti-nantikan setiap kali bulan puasa. Gambar sekadar hiasan

Ini kerana jelasnya, dia membeli murtabak yang sudah siap dibungkus.

"Ni aku malas nak beli yang dah siap bungkus dekat bazar Ramadan, sampai sampai rumah nak hidang dalam pinggan jadi hitam legam terus," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jual kebab guna roti sandwich, lebih geli tekak pedal ayam tak disiang... betul ke ‘scam’ bazar Ramadan makin menjadi-jadi?

Dia turut memuat naik gambar sebagai bukti, di mana sekeping daripada tiga murtabak yang dibelinya kelihatan hitam legam.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan lokasi spesifik bazar Ramadan yang dikunjungi serta harga juadah tersebut.

Peniaga ni pun satu.. tak takut ke muka dia nanti hitam legam macam murtabak tu.

NETIZEN

Perkongsian berkenaan meraih perhatian daripada warga maya di mana rata-ratanya meluahkan rasa simpati kepada individu berkenaan kerana menjadi mangsa penipuan peniaga.

Malah mereka mencadangkan agar individu tersebut memaklumkan kepada peniaga yang berkenaan agar mendapat ganti rugi.

Ada juga yang menyarankan agar individu itu membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan tegas dapat diambil bagi mengelakkan hal sama berulang kepada orang lain.

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen lucu ekoran 'rupa' murtabak berkenaan yang rentung.

komen

Antara komen netizen yang berbaur lucu dan geram.

"Pergi tenyeh tempat hangit tu dekat muka penjual.

"Peniaga ni pun satu.. tak takut ke muka dia nanti hitam legam macam murtabak tu.

"Bakar pakai minyak tar.

"Kikis yang hitam tu... boleh buat kopi O," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini hantaran individu berkenaan meraih lebih 400 shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain