GARA-gara gerak gerinya sedang menjamu selera di sebuah kedai makan dirakam, seorang jejaka menjadi perhatian di media sosial. Manakan tidak, wajahnya dikatakan mirip Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. "Laaa... ingatkan Tengku tadi," komen beberapa netizen terhadap video yang menunjukkan lelaki berkenaan sedang makan bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, jejaka berkenaan, Muhammad Zulkefli Ramlan berkata, ia bukanlah pertama kali dirinya menjadi perhatian kerana dilihat mirip Tengku Hassanal, cuma hanya baru ditularkan di media sosial. Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui dirinya segan apabila wajahnya menjadi bualan, malah sering kali ditegur di khayalak ramai. "Ada orang tegur tanya adakah saya ni Tengku Hassanal. Malah, ada yang mahu bergambar dengan saya kerana dikatakan wajah seiras dengan Tengku. "Saya sebenarnya pemalu, tapi layankan saja. Takkan kita nak tolak permintaan orang yang excited, tapi saya berterus-terang kepada mereka yang saya bukan Tengku Hassanal," katanya kepada mStar. Tangkap layar video menunjukkan Zul makan bersama isteri dan anak di sebuah medan selera. foto tiktok @sam_yusof Lebih mesra disapa Zul, jejaka yang dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur ini merupakan anggota Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Tengku Hassanal buat 'part time' jual nasi lemak, wanita hamil 7 bulan tak sangka hajat mengidam tertunai - "Gambar dari belakang pun jadilah" ARTIKEL BERKAITAN: Tidur tak lena gara-gara panggilan Istana Negara, remaja terkejut tiba-tiba Tengku Hassanal di depan mata - "Ingatkan hadiah kena reject" Berpengalaman dalam Skuad Penyelamat DBKL selama sembilan tahun, antara tanggungjawabnya adalah melaksanakan tugas-tugas dan bantuan menyelamat mangsa kebakaran, kemalangan jalan raya, lemas terutama bencana banjir, terperangkap dalam bangunan runtuh dan pertolongan cemas. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. foto Bernama "Saya masih ingat ketika sedang bertugas, ada seorang makcik tu tanya adakah saya dah kahwin selepas saya beritahu saya bukanlah Tengku Hassanal. "Saya pun jawab sudah (berkahwin) dan ada anak, sama macam dalam video yang viral tu saya makan bersama isteri dan anak di medan selera. Saya mengaku sudah berkahwin. "Muka makcik tiba-tiba terus berubah macam kecewa. Mungkin dia nak kenalkan saya dengan anaknya," ujarnya secara berseloroh. Zul (hadapan, dua kanan) bersama rakan-rakan setugas di DBKL. Bukan hanya orang awam, malah ibu kandungnya sendiri turut keliru dengan persamaan wajahnya dengan Tengku Mahkota Pahang. "Saya pernah tunjuk gambar Tengku Hassanal menerusi carian di internet kat mak... mak kata ini gambar kau lah. Mak saya pun tersalah sangka. Saya sebenarnya pemalu, tapi layankan saja. Takkan kita nak tolak permintaan orang yang excited. MUHAMMAD ZULKEFLI RAMLAN "Saya hanya gelak sahaja dan maklumkan kepada mak yang di dalam gambar tersebut adalah Tengku Hassanal, dan bukannya saya," ujar bapa kepada seorang cahaya mata lelaki berusia tiga tahun. Mempunyai minat membela ikan arowana, Zul bagaimanapun akur sekiranya terus ditegur orang ramai dan mahu bergambar bagi mengabadikan kenangan dengannya. Zul (kanan) bersama isteri (kiri) dan anak. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia sendiri berhasrat untuk bertemu dengan Tengku Hassanal sekiranya diberikan peluang. "Ramai tahu Tengku Hassanal seorang yang begitu mesra dan disenangi rakyat. Wajahnya sentiasa murah dengan senyuman di khalayak ramai. "Kalau ada rezeki berjumpa dengan Tengku, saya tak akan lepaskan. Tapi tak tahu macam mana reaksi saya nanti, mungkin terkedu depan Tengku," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube