WALAUPUN sesi persekolahan baru dibuka, sudah banyak kisah suka, duka dan keletah mencuit hati anak-anak dikongsikan di media sosial. Paling menjadi perhatian tentulah kisah murid yang menangis ketika pertama kali dihantar ke sekolah kerana tidak pernah berpisah dengan ibu bapa. Malah, ada juga rakaman tular menunjukkan aksi 'comel' seorang kanak-kanak cuba meloloskan diri dengan memanjat pagar sekolah secara senyap-senyap. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun, berbeza pula dengan Muhammad Aisy yang begitu teruja untuk ke sekolah pada hari pertama sehingga tidak dapat tidur pada malam sebelumnya. Ketika dihubungi mStar, ibunya, Intan Nurdiyana, 29, menceritakan semula kisah di sebalik beberapa video tular menunjukkan keletah anaknya yang berusia enam tahun yang pandai menyesuaikan diri ketika dihantar untuk memasuki kelas prasekolah di Johor. “Aisy lambat dapat merasa pengalaman bersekolah. Masa umur enam tahun baru kami boleh hantar dia disebabkan Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Alamak, dah habis hati-hati tapi kantoi juga! Ibu buka cerita kenapa anak lari panjat pagar sekolah - “Macam-macam hal la anak dara aku” ARTIKEL BERKAITAN: Alasan anak tolak tawaran masuk kolej buat ibu terkedu! Bimbang nenek terlantar sakit dan 7 adik tiada siapa nak jaga “Dia jadi bertambah excited nak ke sekolah selepas tengok semua sepupu dia dah masuk sekolah tadika. Jadi sejak diberitahu dia akan pergi sekolah, hari-hari dia cuba beg baharu. “Macam-macam dia suruh kami belikan sebab nak bawa ke sekolah. Malam sebelum nak pergi sekolah dia seronok sangat sampai dah masuk tidur awal pun susah nak lelap. Asyik tanya bila moon (bulan) nak hilang, bila sun (matahari) nak keluar,” ujarnya yang senang disapa Intan. Kegembiraan anaknya ketika berada di sekolah berjaya dirakamkan oleh Intan yang mana kanak-kanak itu dilihat begitu selesa dengan rakan baharu dan pandai menyesuaikan diri ketika melakukan aktiviti senamrobik di padang sekolah. Aisy begitu teruja pada hari pertama sesi persekolahannya. Menurut Intan, dia dan suami, Zikrillah, 34, sudah tujuh tahun berkahwin tetapi tahun ini lebih bersemangat kerana dapat menghantar anak sulung mereka memasuki alam persekolahan. “Suami memang paling cakna dekat anak kami. Kebetulan hari pertama tu ada gotong royong dan senamrobik yang mana ibu bapa sekali kena join. Aisy memang suka berkawan dan peramah dari kecil, mungkin sebab tu juga dia okay tak menangis pergi sekolah. INTAN NURDIYANA “Dia (suami) pula memang jenis aktif bersukan dan suka libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Itu yang saya rakam dia jadi tukang kebun macam dalam filem Papadom, sapu sampah dekat sebelah kelas anak. “Bila tengok anak kami selesa dekat sekolah siap berjalan riang sambil tangan seluk kocek (poket) seluar, saya dan suami lega sikit. "Aisy memang suka berkawan dan peramah dari kecil, mungkin sebab tu juga dia okay tak menangis pergi sekolah,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini. Intan dan Zikrillah sudah berumah tangga lebih tujuh tahun. Rakaman menunjukkan gelagat Aisy yang berjalan di luar kelas sambil menyeluk tangan dalam poket seluar dan menegur rakan lain seperti sudah lama saling mengenali ternyata menghiburkan netizen. "Tangan dalam kocek. Kecil-kecil dah Kapla (watak drama bersiri Projek: High Council) "The Kapla tadika in the making. "Nampak dah tu leadership. Ada aura," komen netizen pada video tersebut. Komen netizen di TikTok. Dalam pada itu, warganet turut terhibur melihat bapa Aisy tak ubah seperti tukang kebun sekolah menerusi video senamrobik dan gotong royong yang turut melibatkan penyertaan ibu bapa. "La ingat dia jadi cikgu PJ (Pendidikan Jasmani) dah pakai t-shirt putih tu. Hati-hati kak entah-entah minggu depan dah jadi guru besar sekolah tu. "Tak apa orang kata kalau masuk jadi tukang kebun, lama-lama boleh serap jadi cikgu," komen netizen berseloroh. Intan yang bekerja sebagai jurusolek di sekitar Simpang Renggam, Johor ini turut menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana. “Bagi saya, sangat penting bagi anak-anak merasai ‘pengalaman pertama’ dalam setiap apa yang terjadi dalam hidup dia. Pasangan ini memiliki dua cahaya mata. “Apa-apa pun, saya gembira anak seronok dekat sekolah. Lagi pula rumah nenek dia pun betul-betul depan sekolah jadi saya tak risau sangat. “Kebetulan dah masuk bulan Ramadan masa awal persekolahan dia. Sekarang kami masih ajar dia biasakan diri untuk berpuasa tanpa sebarang paksaan,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube