suria

Beli nasi ayam, sampai rumah tengok-tengok dapat beras warna kuning! Netizen pesan jangan makan

Pelbagai rungutan tentang makanan di bazar Ramadan dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

BULAN puasa merupakan saat di mana pelbagai jenis makanan rare dijual di bazar Ramadan.

Bagaimanapun nasi yang dihidangkan dengan lauk pauk tetap menjadi pilihan ramai rakyat Malysia.

Malah boleh dikatakan menu seperti nasi ayam dan nasi tomato menjadi hidangan paling banyak dijual di semua bazar Ramadan kerana ia ringkas dan menyelerakan.

Bazar Ramadan merupakan tempat di mana orang ramai membeli makanan berbuka puasa. - Gambar hiasan

Namun hasrat wanita dikenali sebagai Sadiah Ddarrel di Facebook untuk menikmati nasi ayam yang dibeli di sebuah bazar Ramadan terbantut apabila hidangan itu umpama indah khabar dari rupa.

Tanpa berkongsi lokasi bazar yang dikunjunginya, Sadiah terkilan apabila nasi yang dibelinya masih jelantah.

“Beli dekat bazar semalam. Beza nasi ayam ini dengan beras ialah nasi ini kuning, beras warna putih,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan dihurung lalat, telur ayam bertahi antara kesalahan di bazar Ramadan

Hantaran berbentuk sindiran itu dibuat Sadiah menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Kata Sadiah lagi, nasi ayam dipamerkan tidak sama dengan yang dijualkan kepadanya.

“Nasi ayam ini bukan macam nasi ayam. Warna saja kuning tapi masih rasa beras. Mentah macam beras lagi.

Ni yang tak best sangat... tak reti masak jangan buat jual, tak berkat.

NETIZEN

“Yang display sangat cantik. Tapi diberikan yang saya beli ini.

“Saya bukan Muslim tetapi memang selalu sokong bazar Ramadan setiap tahun,” ujarnya pada tulisan di Facebook.

Hantaran tersebut menerima pelbagai komen netizen setelah ia tular.

Komen netizen di Facebook.

“Sekali kena, serik selamanya. Jangan makan ya, nanti sakit perut.

“Ala ni yang ni tak best sangat. Tak reti masak jangan buat jual... tak berkat.

“Dapat dosa saja penjual macam ni. Harga biar berbaloi dengan apa kita jual (rasa dan kualiti). Tergamak ke bagi orang makan tapi tak puas hati,” ujar netizen memberikan pendapat.

Harapnya perkongsian tentang luahan wanita ini menjadi ikhtibar kepada semua pihak termasuk komuniti peniaga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain