SEBAGAIMANA pelajar sekolah, mahasiswa di institusi pengajian tinggi turut mula mendaftar untuk kemasukan semester baharu bagi kalender 2023, minggu lalu. Lazimnya rutin seorang mahasiswa banyak berkisar mengenai kehidupan di kampus, kolej kediaman atau rumah sewa. Jika ditelusuri media sosial khususnya TikTok, mahasiswa cenderung menggunakan medium tersebut untuk berkongsi kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar mengikut kreativiti masing-masing. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Begitu juga dengan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini, Nurul Sofia Azman, yang menggunakan TikTok untuk berkongsi idea mengenai dekorasi bilik di kolej kediaman. Menerusi video tersebut, gadis berkenaan berkongsi caranya mengemas almari serta barangan peribadi dan menghias meja belajarnya sehingga kelihatan kemas dan sedap mata memandang. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen buru 8 penghuni rumah sewa, tak sangka lelaki pembersih masih wujud... Sudah la handsome, pandai mengemas pula! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM hias bilik hostel macam hotel kos tak sampai RM300! Sanggup tanggal, tampal semula ‘wallpaper’ selepas diminta pindah Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang senang disapa sebagai Sofia ini berkata, dia begitu teruja untuk menghias bilik memandangkan ini adalah pengalaman pertamanya menetap di kolej. "Sebelum ini ketika mengikuti pengajian peringkat diploma, kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi sesi pembelajaran hanyalah secara dalam talian (online) dari rumah. "Kali ini apabila dapat menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ditawarkan kolej kediaman, saya rasa teruja. Kalau ikutkan, masa diploma dulu dah beli macam-macam barang sebagai persediaan duduk kolej... tapi PKP pula. Ruangan katil dan meja belajar turut dihias agar sedap mata memandang. "Jadi idea itu saya dapat realisasikan juga akhirnya kali ini," ujar gadis berusia 21 tahun ini. Menurut anak jati Dungun, Terengganu ini, dia hanya menggunakan konsep 'mix and match' dan banyak menggunakan tona warna putih untuk dekorasi biliknya kelihatan lebih estetik. Tambahnya, dia hanya memperuntukkan sekitar RM100 untuk membeli pelbagai barangan bagi tujuan dekorasi tersebut. "Kebanyakannya saya beli secara dalam talian ataupun di kedai DIY saja. Konsepnya murah tapi berbaloi," cerita penuntut semester dua, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ini. Bercerita pula mengenai pengalaman kali pertama berpuasa di kolej, Sofia berkata sedikit sebanyak ia mengajar dirinya erti berdikari hidup di perantauan. Saya suka tengok tempat yang saya banyak habiskan masa kelihatan kemas. Ia membuatkan kita rasa motivated. NURUL SOFIA AZMAN "Homesick tu ada sikit-sikit sebab selama ini memang berpuasa bersama keluarga. Namun kehadiran kawan-kawan membuatkannya tidak terasa. Masa inilah kita belajar erti berdikari serta mencipta lebih banyak memori ketika bergelar penuntut universiti," ujarnya lagi. Tidak menyangka video dekorasi bilik kolej yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 197,000 jumlah tontonan, Sofia berkata dia terharu bercampur gembira kerana ia sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada mahasiswa lain. "Saya suka tengok tempat yang saya banyak habiskan masa kelihatan kemas. Ia membuatkan kita rasa motivated. Ramai yang turut terinspirasi dengan video Sofia. "Saya juga banyak tengok video dekorasi atau make-over bilik dekat TikTok. Secara tak langsung saya termotivasi bila tengok video seperti itu. Saya bersyukur dan terharu jika ada yang terinspirasi tengok video saya. "Banyak hantar DM tanya beli barang di mana, siap ada yang request untuk buat room tour pula. Tak kurang juga, ada yang mengimbau rasa rindu kehidupan di kolej. "Bagi saya, mana-mana yang dapat peluang melanjutkan pelajaran, rebutlah peluang. Tak kiralah di kolej atau rumah sewa, ciptalah seberapa banyak kenangan ketika bergelar penuntut," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube