suria

Gerai ‘sendu’ jangan disangka tak tertipu! Niat nak tolong, sekali dicaj ekstra RM3 sebab minta kurang ais dalam minuman... di poster tulis lain

Seorang pelanggan menunjukkan air strawberi yang dibeli di bazar Ramadan.

MEMBELI minuman di bazar Ramadan dan mahu kuantiti ais dikurangkan akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM3!

Sesiapa pun akan terkejut dengan caj melampau itu dan situasi ini berlaku kepada seorang pelanggan di sebuah bazar Ramadan, baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, pelanggan berkenaan mendakwa caj tambahan itu dikenakan sewaktu mahu membeli sebungkus minuman dan meminta dikurangkan ais.

"Hari ini pergi bazar Ramadan pergi beli air strawberi. Dia (gerai) tulis air sebungkus RM5, kalau tak nak ais kena tambah RM3. Jadi aku pun cakap kat budak itu (pekerja) nak air strawberi satu tapi kurang ais.

"Dah buat, dah bungkus bapa dia datang tanya kurang ais ya? Saya pun jawab ya. Selepas itu, bapa dia kata tambah RM3," katanya.

Ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. - Sekadar gambar hiasan

Terkejut dengan penambahan harga air tersebut, pelanggan itu hanya memaklumkan dia hanya meminta minuman tersebut dikurangkan ais.

"Saya cakap kurang ais je, bukan tak ada ais. Tapi bapa dia kata tetap kena tambah RM3.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar makin kreatif, jual tauhu cucuk sayur... Paling sempoi ada 2 potong timun dan sepotong lobak merah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

"Aku pun fikir bulan Ramadan kan, tengok kedai dia tak ada orang (pelanggan)... anak dia pun kasihan tengok.

"(Sebab itu) aku pun pergilah kedai dia, tak sangka pula kena macam ni," luah pelanggan berkenaan yang lebih dikenali sebagai Esham.

Air strawberi yang dibeli pada harga RM8 selepas dikenakan caj tambahan RM3 kerana minta kurang ais.

Menurut pelanggan itu lagi, dia perlu membayar secara keseluruhan RM8 untuk sebungkus air strawberi di gerai berkenaan.

"Sedih jugalah bawa motor fikir RM8 (kena bayar). Bukan senang cari duit, tak apalah," katanya dengan nada kesal sambil meletakkan bungkusan minuman itu di dalam bakul motosikalnya.

Kita niat baik nak tolong (peniaga) yang tak ada orang (pelanggan), sekali kita kena balik (aniaya).

NETIZEN

Menerusi video berdurasi 2 minit dan 10 saat itu, dia turut menunjukkan bungkusan air strawberi yang dibelinya itu hanya bersaiz tapak tangan.

Pelanggan malang itu turut memaklumkan dia terpaksa membayarnya kerana minuman yang dipesan sudah siap dibungkus.

"Saya terkedu masa tu," ujarnya secara ringkas di ruangan komen.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan caj melampau yang dikenakan gara-gara minta kurangkan ais dalam minuman.

"Sekecil itu RM8. Kalau saya last pergi beli, tak akan beli lagi.

"Strawberi Australia mungkin ni.

"Kita niat baik nak tolong (peniaga) yang tak ada orang (pelanggan), sekali kita kena balik (aniaya). Sekarang baru faham kenapa tak ada orang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain