suria

Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

Wanita tersebut kecewa kerana suaminya langsung tidak berubah, sekaligus membuatkannya mahu 'mengundur diri'. Gambar hiasan

KEDATANGAN Ramadan sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat Islam kerana mahu berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah demi mengejar pahala.

Bukan itu sahaja, kedatangan bulan seribu rahmat ini juga dimanfaatkan untuk memanjatkan apa sahaja doa bagi mengambil keberkatannya.

Begitu jugalah halnya dengan wanita ini yang tidak lekang berdoa mengharapkan suaminya mampu berubah, sempena keberkatan Ramadan kali ini.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identiti dirinya ini, dia tidak menyangka suami yang dikahwini empat tahun lalu merupakan seorang homoseksual atau gay.

"Aku kenal dengan suami, member yang perkenalkan. Sejak Oktober 2020, suami aku memang tak sentuh aku sampai sekarang. Macam mana aku tahu? Semua kuasa Allah.

"Aku pelik kenapa dia tak nak sentuh aku sebabkan hal remeh, contohnya penat. Bergaduh saja, dia akan tidur luar.

"Aku bukan jenis periksa telefon bimbit, bukan jenis cemburu buta. Aku buat solat hajat, solat tahajud, berdoa bersungguh-sungguh.

gay 2

Wanita tersebut hanya berkongsi masalahnya dengan ibu, dan tidak pernah meminta nasihat pakar kerana tidak mahu aib suami diketahui pihak lain. Gambar hiasan

"Februari 2021, aku dengar notifikasi Shopee dekat tab. Kebetulan tab dia selalu guna tinggal dekat rumah. Aku buka sebab aku agak-agak password. Aku jumpa Twitter 'dark side' dia... chatting dengan lelaki. Macam-macam aku jumpa," luahnya.

Tambah wanita itu, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa, melainkan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami kena rampas dengan jantan pun sakit juga” - Rumah tangga hampir musnah angkara nafsu songsang, lebih baik insaf sebelum kahwin!

"Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Mak aku dah berusia 70 tahun lebih. Mak aku cuma cakap, 'reda, kalau buat keputusan jangan ikut perasaan'. Tapi sampai bila?

"Aku memang berkerjaya. Dekat tempat kerja aku memang happy go lucky. Pendek kata aku memang seorang yang ceria dan kelakar. Kawan-kawan aku ingat aku tak ada masalah," kongsi wanita ini yang merupakan anak tunggal.

Bagaimanapun wanita ini bersyukur kerana dia tidak dijangkiti sebarang penyakit yang berisiko yang mungkin berpunca daripada tabiat suaminya.

Dalam masa yang sama, dia menganggap ketiadaan zuriat sepanjang empat tahun berkahwin merupakan hikmah daripada Allah.

Sis, berdasarkan pengalaman saya, dia takkan berubah. Dia boleh berubah kalau dia yang nak, tapi memang susah. Pilihan di tangan sis.

NETIZEN

Sungguhpun hanya bergelar isteri di atas kertas, wanita ini berkata di sudut hatinya, dia mengharapkan suaminya akan berubah kembali ke pangkal jalan.

"Dia cakap nak berubah tapi berubah dekat mulut saja. Dan aku pun tak tahu kenapa aku mampu bertahan sampai sekarang.

"Suami aku seperti gunakan aku, married with benefit. Aku cuma nak kekuatan untuk buat keputusan. Aku nak pergi dari dia. Terima kasih dengar luahan aku. Aku bukan buka aib dia.

"Kepada yang bujang, hati-hati memilih. Handsome atau tidak, tapi kalau dasar 'pelangi' (simbol LGBTQ), memang susah nak ubah. Kahwin sekadar nak menutup aktiviti ko-kurikulum.

"Doakan aku dapat buat keputusan demi kebahagiaan aku dengan mak aku. Semoga di bulan Ramadan ni ada keajaiban untuk aku," akhirinya.

komen gay

Rata-rata netizen menyarankannya supaya 'berundur diri'.

Luahan berkenaan yang dikongsikan di laman @twitterconfessmy sehingga kini meraih 1,950 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen pula, ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah menasihatinya agar mendapatkan pandangan daripada pakar kaunseling.

"Pendam seorang diri takkan selesaikan masalah. Cari orang yang ada kelayakan dan kepakaran. Puan bawa suami sekali sebab yang bermasalah itu suami," komen seorang netizen.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatinya agar 'angkat kaki' daripada terus berharap kepada sesuatu yang belum pasti.

"Sis, berdasarkan pengalaman saya, dia takkan berubah. Dia boleh berubah kalau dia yang nak, tapi memang susah. Pilihan di tangan sis.

"Benda ni (songsang) bila terkena sekali, memang susah cari jalan keluar.

"Tak ada keperluan untuk menunggu lagi. Tempoh empat tahun tu pun dah terlalu lama untuk menunggu," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain