KETIKA umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, seorang individu dirakamkan bertindak memecah masuk sebuah kereta Proton Perdana V6 milik seorang penjual minyak wangi. Kejadian di hadapan deretan kedai di kawasan Riverfront City, Sungai Petani, Kedah itu berlaku ketika pemilik kenderaan berkenaan sedang menyelesaikan urusan di lokasi berhampiran. Ketika dihubungi mStar, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Pakteh Lan, 53, berkata dia mengalami kerugian sekitar RM200 dalam insiden yang berlaku pada 24 Mac lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya pergi berjumpa kawan dekat kawasan tu. Lebih kurang 20 hingga 30 minit saja kami bersembang selepas COD (cash on delivery) minyak atar yang saya jual dekat dia. "Setelah selesai urusan tu saya pergi semula ke kereta dan dapati habis barang-barang dalam kenderaan berselerak. Beg pakaian, kotak berisi minyak wangi, bateri kereta, geran, insurans kereta dan buah kurma dibawa lari. "Kurma timbang sebanyak sekilogram tu saya baru saja beli pada hari tersebut untuk dimakan waktu berbuka," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kecurian depan mata ketika solat, boleh berhenti atau teruskan? Ini penjelasan Ustazah Asma' Harun ARTIKEL BERKAITAN: Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi” Terdahulu video insiden pecah kenderaan milik Pakteh Lan itu tular di Twitter. Menerusi video rakaman orang awam di lokasi kejadian, kelihatan pelaku yang memakai topi memakir keretanya bersebelahan kenderaan Pakteh Lan sebelum melakukan perbuatan jahatnya. Individu berkenaan mengambil masa kira-kira lebih dua minit menggeledah kereta milik mangsa. Keadaan lubang kunci kereta setelah dicungkil. Susulan itu, Pakteh Lan turut menemui sekeping nota bersama nombor telefon milik individu yang dipercayai merakamkan keseluruhan kejadian jenayah terbabit. Dalam pada itu Pakteh Lan yang menetap di Kepala Batas, Kedah berkata dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk melaporkan kejadian curi itu kepada polis. "Cepat betul dia buat 'kerja'. Rupanya dia cungkil dekat bahagian lubang kunci belah pintu penumpang. Kereta saya pula jenis lama jadi alarm (penggera) sudah rosak. Dalam video tu saya nampak dia bawa anak dan isteri, mungkin terdesak tak cukup duit nak beli makanan atau keperluan. PAKTEH LAN MANGSA "Lepas apa dah jadi ni saya tak buat laporan polis pun. Saya cuma nak dia pulangkan barang-barang dan segala dokumen penting tu saja. "Kasihan dekat dia kalau jadi kes polis. Saya anggap apa yang berlaku ni sebagai kes terpencil saja," katanya. Tambah Pakteh Lan, dia juga bersimpati dengan pelaku selepas menonton sendiri video yang dihantar kepadanya. Komen netizen di Twitter. "Lagipun dalam video tu saya nampak dia bawa anak dan isteri. Mungkin terdesak tak cukup duit nak beli makanan atau keperluan. Saya dah dapat alamat rumah dia dan tahu dia tinggal dekat mana. "Lepas solat tarawih malam ni saya akan pergi jumpa," katanya lagi. Sementara itu di Twitter, rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dan terkejut apabila pelaku itu membawa anaknya bersama ketika melakukan aktiviti jenayah tersebut. "Saya hanya kasihankan anak dia, dibesarkan dengan duit hasil mencuri. "Ada anak pula dalam kereta. Nanti apabila dia sudah besar, dia fikir mencuri ini satu norma sebab ayah dia lalukannya. Termasuklah isteri dia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube