suria

Terkejut murtabak RM20, terus rasa diri tersilap masuk bazar T20 - “Bukan cekik darah, ni cekik pelanggan terus”

Netizen mengecam peniaga bazar yang menjual murtabak pada harga yang tinggi. Foto: B40 Buat Perangai Apa Harini/Gambar hiasan

SETIAP kali menjelang bulan puasa, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah yang jarang didapati pada waktu biasa.

Salah satu juadah popular dan paling mendapat tempat di hati orang ramai sudah tentulah murtabak.

Harga bagi sekeping murtabak biasanya bergantung kepada jenis inti yang digunakan saiz serta ketebalan, namun lazimnya tidak melebihi sehingga RM10 sekeping.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial di mana seorang individu memuat naik gambar memaparkan sebuah gerai murtabak yang mengenakan harga 'kayangan' bagi murtabak jualannya.

Melalui perkongsian yang dibuat di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu itu terkejut melihat harga sebiji murtabak yang dikenakan oleh peniaga di sebuah bazar Ramadan.

bazar 2

Pembeli sewajarnya bijak berbelanja ketika mengunjungi bazar Ramadan. -Gambar hiasan

Berdasarkan gambar tanda harga di gerai tersebut yang dimuat naik olehnya, terpampang harga bagi sekeping murtabak daging atau ayam istimewa adalah RM20, manakala murtabak biasa berharga RM17.

"Silap masuk Bazar T20 rasanya ni," demikian kapsyen individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai peniaga bazar nak cepat kaya... nasi ayam berempah RM15, beli pula samosa dan murtabak ‘sedih’ betul rasanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

Dia bagaimanapun tidak menyebut di mana lokasi bazar Ramadan yang dikunjungi itu.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut mencetuskan reaksi daripada warga maya yang turut sama terkejut dengan harga murtabak 'kayangan' berkenaan.

Bukan cekik darah. Ini cekik pelanggan terus sampai mati.

NETIZEN

Rata-ratanya mengecam tindakan peniaga yang dilihat cuba meraih keuntungan berlebihan dengan mengenakan harga terlalu mahal kepada pembeli.

Malah mereka turut membuat perbandingan harga murtabak yang dibeli di kawasan masing-masing yang jauh lebih murah.

"Bukan cekik darah. Ini cekik pelanggan terus sampai mati.

"Kalau daging wagyu okaylah juga.

komen murtabak

Antara komen netizen yang mengecam tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menjual juadah pada harga yang agak tinggi.

"Ini bazar Tebing Barat, bukan Malaysia.

"Kenyang sampai raya kot," demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan gerai di bazar yang menawarkan harga murtabak pada kadar rendah dan berpatutan.

Sehingga kini posting tersebut meraih 142 shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain