suria

Hanya kerana satu kesilapan, wanita ‘adopt’ kucing ada fungus derita kena jangkitan... tapi tak pernah salahkan si bulus

Nadia mendapat jangkitan fungus daripada kucing yang dipeliharanya.

GARA-gara satu kesilapan, wanita ini terpaksa menahan sengsara akibat terkena jangkitan fungus atau kurap berpunca daripada kucing yang dipeliharanya.

Bukan sekadar tangan, wanita ini berkata, jangkitan kurap turut berlaku di beberapa anggota tubuhnya sekali gus menjadikan dirinya agak trauma.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nadiatul Akmal berkata, dia sememangnya mengetahui bahawa kucing yang ingin dipeliharanya (adopt) terkena jangkitan fungus selepas diberitahu oleh pemilik haiwan tersebut.

"Waktu saya ambil, badannya (kucing) 20 peratus saja ada bulu. Bahagian lain dah kena jangkitan fungus. Sebelum saya adopt, owner dah beritahu.

"Saya pun buat carian dekat internet tentang macam mana nak merawat kucing yang dijangkiti fungus sebab saya tak ada pengalaman langsung.

"Banyak orang cakap kita kena pakai glove tapi ada yang cakap tak payah. Saya pun tak pakai masa mandikan dan beri ubat kepadanya. Bermakna, saya terkena ni menerusi sentuhan langsung," cerita wanita berusia 30 tahun ini.

fungus 3

Nadia berkongsi ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat fungus sehinggalah jangkitannya pulih dalam masa tiga minggu.

Senang disapa sebagai Nadia, wanita ini berkata pada peringkat awal, tangannya dinaiki bintik merah kecil namun dia tidak menyedari bahawa ia adalah simptom awal kepada jangkitan fungus.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah meleleh, tangan kiri membengkak di Aidilfitri gara-gara kucing ‘makan’ tuan... Doktor unit kecemasan tak sangka angkara si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berdarah pun! Isteri terkejut doktor beritahu gigitan manja kucing di tangan suami boleh bawa maut... tanda bermula dengan lemah satu badan

"Saya pun garu dan ia makin naik sehingga merebak sebesar saiz syiling 20 sen. Sepatutnya pada peringkat ini, kalau ada tanda merah, cepat-cepat sapu ubat... insyaAllah ia takkan merebak.

"Bila dah mula gatal-gatal, saya macam 'in denial' dan fikir mungkin saya terkena 'pox'. Seminggu saya guna krim sapu yang tiada kena mengena dengan fungus dan tak sembuh.

"Bila ia jadi teruk, dah ada tiga bintik merah, dekat perut pun ada, saya pergi klinik sebab nak pastikan betul ke ia jangkitan daripada kucing. Dan doktor sahkan saya kena jangkitan daripada kucing," cerita jurutera perisian ini lagi.

Trauma sebab gatal sangat. Yang kena saja tahu. Tapi ini tidak bermakna saya serik nak adopt kucing, cuma saya serik jika dengan kucing berpenyakit.

NADIA

Ujarnya, dia kemudian menggunakan ubat sapu yang diberi oleh doktor namun masih tidak menampakkan hasil, sekali gus membuatkannya melakukan carian di internet mengenai ubat yang sesuai untuk jangkitan fungus.

"Saya menggunakan kombinasi krim Creobic Gold, Betamethasone dan makan kapsul biozole yang diberi doktor. Alhamdulillah dalam masa dua hingga tiga minggu, jangkitan fungus saya akhirnya pulih.

"Boleh pergi beli krim dekat farmasi. Tapi jangan sampai dah teruk baru sapu ubat. Kalau teruk, pergilah klinik cepat-cepat," ceritanya.

Merupakan seorang pencinta kucing, Nadia bagaimanapun berkata ini adalah kali pertama dia terkena penyakit yang berpunca daripada si bulus.

"Memang trauma sebab gatal sangat. Yang kena saja tahu. Tapi ini tidak bermakna saya serik nak adopt kucing, cuma saya serik jika dengan kucing berpenyakit.

"Tak sangka video saya meletup dekat TikTok. Ada yang marah, konon saya salahkan kucing. Sebenarnya ia berkait dengan antibodi juga. Saya jenis cepat sakit, memang senang terkena.

fungus 2

Warga maya berkongsi pengalaman can petua untuk merawat fungus.

"Cuma yang nak bela stray cat... boleh. Kita membantu kucing dapat pahala. Tapi pastikan kalau tak tahu (merawat penyakit), tanya orang yang tahu. Atau banyakkan buat carian di internet, dekat komuniti Facebook pun banyak share.

"Saya kongsi video tu bukan untuk takutkan orang yang mahu bela kucing, saya share sebab ada yang tak tahu pasal jangkitan ni... saya nak orang berjaga-jaga supaya mereka tahu rawatannya," kongsinya lagi.

Sehingga kini, video yang dikongsi Nadia meraih melebihi 1.3 juta jumlah tontonan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain