suria

Malang nasib ibu hamil makan lauk berulat beli di bazar, bukan seekor tapi berpuluh ekor - “Ingatkan beras tak masak”

Ulat (dalam bulatan) dikesan pada bahagian isi perut ikan yang dibeli wanita berkenaan.

SEJAK akhir-akhir ini, banyak perkongsian yang dipaparkan di media sosial mengenai kualiti juadah yang dibeli dari bazar Ramadan.

Kebanyakan pengguna berkongsi pengalaman kurang enak, antaranya juadah yang dibeli sudah basi, hangit, harga cekik darah dan sebagainya.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh seorang wanita baru-baru ini, dia berkongsi kisah terbeli lauk yang dipenuhi ulat.

Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kehadiran ulat-ulat pada lauk tersebut selepas habis menikmati makanan.

"Bala... hari ni beli lauk dekat bazar dekat area Flat PPR Batu Muda. Dah nak habis makan baru perasan ada ulat.

"Bukan seekor atau dua, berpuluh ekor dekat perut ikan. Ingatkan beras tak masak tapi ulat rupanya. Sudahlah saya ibu mengandung. Allah, sungguh azab di akhirat nanti kalau peniaga yang tak bertanggungjawab macam ni.

bazar

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila membeli makanan di bazar Ramadan. Gambar hiasan

"Saya tak minta ganti rugi cuma ikhlaskanlah niat tu nak berniaga untuk pendapatan sekeluarga, bukan aniaya orang macam ni. Tak berkat tau lagi-lagi bulan puasa," demikian tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bazar, wanita tergoda popia sira sambal digoreng cantik, siap tabur bawang goreng... terkejut tengok intinya!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

Dia turut memuat naik dua keping gambar, memaparkan juadah berupa sambal ikan yang dipenuhi ulat berwarna putih pada bahagian isi perut.

Hantaran individu tersebut menjadi tular apabila dikongsikan semula di beberapa laman Facebook termasuk B40 Buat Perangai Apa Harini yang sehingga kini meraih 105 'shares' serta dibanjiri ratusan komen.

Kalau meniaga tu tutup la lauk-lauk tu, jangan biar terdedah.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warga maya dengan sebahagiannya membuat andaian mengenai kehadiran ulat berkenaan.

"Ini jenis lauk tak tutup la ni, lauk kalau dah suam-suam kalau kena telur lalat memang cepat menetas, kalau meniaga tu tutup la lauk-lauk tu, jangan biar terdedah.

"Nak tanya, masa makan takkan tak berbau sebab kalau dah ada ulat macam tu mesti ada berbau atau ikan tu dah lembik," demikian antara komen mereka.

komen ulat

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Namun sebahagian yang lain mencadangkan agar individu tersebut membuat aduan kepada pihak berwajib agar tindakan dikenakan kepada peniaga berkenaan.

Ada juga yang menyarankan individu tersebut memberitahu perkara itu kepada peniaga yang berkenaan supaya dapat memperbaiki kualiti makanan yang dijualnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain